Showing posts with label MEE/LAKSA. Show all posts
Showing posts with label MEE/LAKSA. Show all posts

Friday, July 17, 2009

SPAGGETY SUMMER






spaggety
cheese
mince meet
tomato
sos tomato
capsicum
pepper
pizza herbs
basil herbs
daun ketumbar
daun bawang
cendawan
garam
gula

Wednesday, July 15, 2009

MEE TELUR SUMMER



pakai egg noodle kering punya sedap buat masak lakna

daging rebus
air rebusan daging
cili kering
bawang putih
sos tiram
sos tomato
kicap cair
sos sotong
daun bawang
bawang goreng
telur
sayur kubis
tepung jagung

Wednesday, June 24, 2009

KUEHTEOW KERANG SUMMER



panazzz.. panazz... kuehteow i ini sepanas summer di sini,
panazz...panazzz dingin gitu....
kuehteow
kerang
daging rebus
air rebusan daging
cili kering blend
bawang putih
tomato sos
tiram sos
gula
garam
kucai
daun bawang
daun ketumbar

Tuesday, June 23, 2009

EGG NOODLE


simple takyah goreng . rebus egg noodle angkat pastu campur kicap cair, kicap pekat, sos sotong, minyak bawang putih, udang yg di goreng dgn kubis dan garam. dah siap

Wednesday, April 29, 2009

LAKSA JOHOR

ini menu untuk ari isnin ari tu... teringin dah lama nak makan laksa johor ini. rujukan resepi dari k.zai dan ain . Sembang dengan ain pasal laksa johor ini.. ain cakap secret resepi untuk sedapkan kuah laksa ini mesti guna ikan masin kurau... tapi apakan daya kat sini cuma ada ikan salmon masin je yang ada haaa.... so lain kali yatt buat version letak ikan masin kurau tu ye ain..

psssttt pssttt ain jangan pecah rahsia yang pasal soalan bodoh yatt tu taw malu!!!!

Laksa Johor



Bahan-bahan :

2 kotak spaghetti
air secukup nya
sedikit garam
sedikit minyak or mangerin (utk mengelak dr melekat)

Cara:

Panaskan air dalam periuk + sedikit garam , minyak dan masukkan spaghetti dan biarkan kembang. Bila dah kembang toskan airnya.

Bahan kuah:

5 ekor ikan kembung/selar/700gm ikan tenggiri- di rebus dan buang tulang
200 gm udang hidup- buang kulit dan direbus
udang kering- rm2.00
50 gm serbuk kari/agak2 kesesuaian rasa
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu ketumbar
1 inchi kunyit
1 inchi halia
1 inchi lengkuas
4 batang serai
5 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
sepotong belacan
2 biji buah keras
4 cawan santan (2 cawan cair/2 cawan pekat) or 2 kotak santan kotak (campur dgn air rebusan ikan)
10 tangkai cili kering/ikut kesesuaian rasa
2 sudu besar kerisik
sedikit minyak utk menumis
sedikit asam gelugor
garam secukup rasa

Bahan-bahan ulam:

2 btg timun - dibuang empulur dan dimayang bulat
kacang panjang- jika suka
250 gm taugeh- kalau suka tak perlu dicelur
daun kesum - dihiris
sedikit daun selasih - dihiris
limau kasturi

Sambal belacan;

cili padi,belacan,garam ditumbuk dan dicampur dgn sedikit air

Cara:

Ikan,udang direbus berasingan kemudian dimesin- airnya disimpan utk dicampur dgn kuah. Rendam cili kering dlm air panashingga kembang dan dikisar berasingan. jintan manis dan putih, ketumbar, bwg putih, bwg merah, udang kering, serai, buah keras, belacan, kunyit, lengkuas, halia dikisar halus. Panaskan sedikit minyak untuk menumis cili kering kisar dan bahan2 lain yg dikisar hingga wangi, masukan serbuk kari sehingga naik baunya .Masukkan isi ikan dan isi udang yg dikisar dan gaul rata, kemudian tuangkan santan, kerisik, asam gelugor dan garam. Kacau hingga mendidih dan pekat dan naik minyak. Sebelum dihidangkan, hias spaghetti dgn ulaman. Hidang bersama kuahnya. Selamat mencuba...

Wednesday, April 22, 2009

SPAGETTI PESTO WITH TOPPING SAUCE

hus yatt nak spagetti pesto je.. tapi yatt nak spagetti macam kat pizza hut tu so buat spagetti pesto dan sauce dia yatt buat asing meat tomato sauce.


Tuesday, February 24, 2009

MEE PANGSIT



terpegun dengan masakan cik mat gebu 3 hari lepas, yatt semalam buat ni .. dah lama dok teringat-ingat last-last dapat gak buat....memang sedap..

MEE PANGSIT

Bahan-bahan (untuk kuah);

400 g ayam, potong kecil
8 - 10 biji bebola ikan
3 - 4 batang crab stick
1 batang saleri, dihiris kasar
1 kiub ayam "Maggi"
*6 biji bawang merah
*6 ulas bawang putih
*6 biji buah keras
*1 camca besar lada sulah
*2 inci halia
*(*dikisar halus)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan lain ;

Mee kuning secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Cili jeruk
Tauhu, digoreng dan hiris

Cara-caranya;

UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak, masukk ayam dan gaul rata. Tuang air (anggaran 1500 ml), kiub ayam dan juga saleri, masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, biar mendidih perlahan. Tambah bebola ikan/ayam dan crab stick, masukkan garam secukup rasa dan biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
UNTUK MEE PANGSIT :- Masukkan mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan isi2nya sekali. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, tauhu hiris dan hidangkan bersama cili jeruk atau pun sambal kicap. Makan selagi hangat

Monday, February 9, 2009

SPAGHETTI GORENG TELUR



rasa macam mee kuning. dapat recipe ni dari kak daimah , pori , finland. masa makan kat umah dia, tanya dia mee kuning ke?... tak lah spaghetti katanya.. OOOOooooo terganga... heee .. the part yang best tu ramuan dia simple giler dan sedap!!!!!

SPAGHETTI GORENG TELUR

Bahan-bahan;

spaghetti di rebus dahulu (12-15 minit)
udang
cili kering ( di blend )
sayur kubis di hiris halus
telur
bawang putih
bawang merah
sedikit garam

Cara-caranya;

Masukkan sedikit minyak tumis kan bawang putih dan merah sehingga keemasan masukkan cili boh, kacau sehingga masak masukkan udang dan sayur sawi, goreng lagi dan akhir sekali masukkan telur dan spaghetti serta secubit garam, kacau sehingga masak.

Friday, January 30, 2009

SIZZILING YEE MEE



alamak telur mata kerbau ku terover done lah... ni case tengok si hana-jepang tu masaklah..

SIZZILING YEE MEE

Bahan-bahan ;

2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
beberapa titik minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis


Cara-cara;

Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Wednesday, January 21, 2009

HOMEMAKE KUEHTEOW



jangan tak caya yatt dah pandai buat kuehteow sendiri kahakhakahah... suka hati ku bila tengok kuehteow menjadi haa... perasan sorang -sorang....senang jek.. budak-budak macam jiya pun boleh buat... dan kuehteow ni colour dia agak jernih macam glass.
hal cete ye, mula-mula tersalah beli tepung kat kedai asian food tu, maklumlah mata dah blur tengok macam-macam ada, pastu yatt ym dengan sifu chef Lydia tanya dia boleh buat apa denagn tepung tu pastu dia kata try for kuehteow... pastu lydia siap bagi tip and resepi lain untuk guna tepung tu isskkk bertuah sungguh yatt dapat kawan yang kongsi-kongsi ilmu nii.. bytheway thank you very much Lydia sebab tepung tu boleh di guna pakai dan kuehteow yatt menjadi cantik , licin serta sedap di makan. walahhh

HOMEMADE KUEHTEOW

Bahan-bahannya;



yatt just bancuh dengan air than kukus guna loyang yang nipis.

Friday, December 5, 2008

MEE TUMIS MUDAH


Satu lagi semua masakkan kali ni dan episod akan datang semuanya akan agak2 macam nilah...masak semua kene mudah sebab bukan apa kat sini susah betul dapat bahan makanan, maklumlah duduk di bahagian jeruk hulu kampung.. lagipun banyak yang tak halal...payah tul..namun hati yatt masih cekal dan sabar mengharungi apa saja yang ada di sini.. aduhh.. yatt tengah berdoa ni agar pos barangan dari malaysia dapat sampai dengan selamat di rumah ku ini...

MEE TUMIS MUDAH

Bahan-bahan;

mee basah (di import dr malaysia)hehehehe..
daging (di rebus ambil airnya)
udang
sayur sawi
bawang putih
cili kering yang telah di blend
sos tiram
sos tomato
sos cili
kicap
serbuk pati ayam

bawang goreng untuk hiasan

Cara-caranya;

Masukkan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih, cili kering sehingga garing, masukkan daging dan udang masak seketika . Kemudian masukkan sos tiram , sos cili, sos tomato, kicap, serbuk pati ayam dan sayur sawi. Gaul bahan semuanya sehingga sebati , akhir sekali masukkan mee dan hidangkan, taburkan sedikit bawang goreng di atasnya. Siap.

**yatt tak letak garam sebab kicap, mee , pati ayam dan sos tiram dah ada rasa masin.

Wednesday, June 11, 2008

LAKSA SARAWAK







Resepi asal dari k.pah (UK)(copy dan paste ajek) ... pes sarawak ini pun , dia yang bagi heee... lepas dapat terus buat.. sedaplah..tambah banyak kali....tak tau nak kata.... lepas ini balik malaysia nak masak pes dari k.dayang pulak...

LAKSA SARAWAK ISTIMEWA..

400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
2 bungkus Bihun
500gram udang basah
3 ketul dada ayam
500ml santan pekat (1 tin santan cream)
8 biji telur ayam
1 kiub pati ayam maggi
2 sudu besar sos tiram
Garam, gula & msg secukup rasa

BAHAN TAMBAHAN

500gram tauge
Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
Limau kasturi @ lemon

SAMBAL BELACAN

15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
Sedikit air perahan limau@lemon
Garam & gula

Cara-cara

Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau/lemon.

CARA2 MENGHIDANG LAKSA SARAWAK

Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.

Monday, May 5, 2008

YATT'S STYLE WOK NOODLE


sedappp oooOOooo..jangan jeliussss...

Monday, April 14, 2008

MEE GORENG BASAH


meh kekawan kita makan mee goreng basah...nyum2....nyaman..

utk org dubai; - yat dpt mee fresh dr kwn yg pandai buat mee sendiri, yg seafood tu semua yat beli kt fishmarker kat DEira.

Thursday, February 28, 2008

CHAR KUEHTEOW



Ini baru nak letak resepi.. selama ni duk tgk blog kekewan jek buat kuehtoew , yat pun teringan gak naka makan.. kali ini dapat .. puas.. rujukan resepi dr CMG n reen... senang dan mudah.. tapi yat kalu masak takde sukat2 pakai sudu main letak.. ialah malas punya pasal.... haa.....hentam jeklah labu..dulu harapkan mak gorengkan.. air tangan mak memang lah semua sedapkan..
info: untuk orang Dubai- Kerang dan kuehteow kering boleh di dapati di Lulu supermarket. Kuehteow kering juga di dapati di careffour.

CHAR KUEWTEOW

Bahan-Bahannya:

500 g kuey teow
300 g udang, dibersihkan
200 g kerang (mat tak bubuh sebab tak de stok)
150 g taugeh1 cawan isi daging
1 cekak kucai, cuci bersih dan kerat2
4 tangkai sayur sawi
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping fishcake, dihiris halus
3 biji telur
2 camca makan cili kisar
Sedikit daun bawang, dipotong2
Bawang goreng, jika suka


Bahan Sos:-

2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
2 camca besar kicap manis
3 - 4 camca besar kicap cair

Cara membuatnya:-

Dalam kuali panaskan minyak dan goreng telur, hancur2kan dan tolak ke tepi. Masukkan daging , udang, kerang (jika ada) dan fish cake, goreng sekejap dan tolak ke tepi kuali. Tuang sedikit lagi minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili dan goreng hingga garing, masukkan bahan2 sos dan gaul hingga rata bersama kesemua bahan yg ditolak ke tepi kuali tadi.Masukkan kuey teow dan gaul hingga rata. Masukkan kucai dan taugeh tadi, gaul hingga mesra. Rasa garamnya, jika kurang boleh ditambah lagi kicap cair. Bila masak, angkat dan taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama cili jeruk, hirisan timun dan tomato.
p/s: utk kuehteow kering- rendam dulu untuk 3-4 jam denagn air biasa, dan toskan. Apabila hendak mengoreng, rendamkan kuehteow air panas untuk 5 minit dan toskan. Kemudian bolehlah digoreng.

Friday, November 16, 2007

MEE REBUS PENANG



resepi asal mee rebus penang tapi i tak buat cucur.... buat mee rebus jek.. next time i buat cucuq makan dengan mee rebus... meh jamu mee rebus penang!!!!!

MI REBUS PENANG

Bahan-bahannya:
mee kuning, dicelur
daging (optional)
udang

Bahan kuahnya:

air rebusan kepala udang
cili kering - direndam dan dimesin halus
bawang merah- dimesin halus
ubi keledek merah- dibuang kulit, direbus dan dimesin
garam secukup rasa
3 sudu besar sos tomato
air asam jawa (ikut masam)
kiub manggi ayam
Bahan cucur udang:
100 gm. tepung gandum
1/2 sudu teh bicarbonate
udang kering yang telah dimesin
Garam & minyak secukup rasa

Cara -caranya;
Gaul semua bahan. Goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan. Potong bentuk dadu besar.

Bahan hiasan untu mee rebus:

telur rebus (dipotong 2)
ubi kentang (direbus dan dipotong dadu besar)
tauhu (digoreng dan dipotong dadu besar )
sotong kering (direndam, direbus dan dihiris)
lada merah ( dihiris halus)
daun bawang -(dipotong halus)
daun salad (dihiris)
limau kasturi (di belah dua )
taugeh (di celur sekejap)
Sedikit kacang tumbuk
bawang goreng

Cara- caranya;

Tumis bawang dan cili kering sehingga naik bau, masukkan air rebusan udang ,hirisan daging, ubi keledek, sos tomato , air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih perlahan-lahan sehingga agak pekat. Siapkan semua bahan hiasan dan cucur tadi. Setelah kuah siap makan bersama mee dan cucur. Sedap!!!

Friday, September 28, 2007

SUP DAGING CINCANG


alang kepalang buat sup..daging ni.. i sediakan mee basah dan bahan-bahan lain untuk mee sup yang ringkas.. 2 dalam satu senang kan.

SUP DAGING CINCANG

Bahan-bahan;

Daging yang di rebus dah di potong halus
ubi kentang di potong 4
daun bawang
daun sup
saderi

rempah kurma
kiub ayam

bahan blend;

jintan manis
jintan putih
lada hitam

bahan tumis;

bawang merah (di mayang halus)
bawang putih (dimayang halus)
bunga cengkeh
bunga lawang
kulit kayu manis

Cara-cara;

Ambil rebusan daging tadi masukkan bahan-bahan blend, rempah kurma, daging yang di cincang dan ubi kentang. Rebus sehingga masak kemudian di dalam pan tumis kan bahan tumis dengan sedikit minyak, masak sehingga naik bau dan masukkan ke dalam periuk rebusan daging tadi, masukkan garam, daun sup, saderi dan daun sup. Siap.


MEE SUP RINGKAS


Ambil daging dan kuah sup sahaja , hidang dengan bawang goreng, tauhu goreng, sambal kicap dan kalu ada jeruk asin lagi sedap.

Saturday, September 22, 2007

LAKSAM (KELANTAN)



resepi salinan dari MR-yani.

LAKSAM

Bahan-bahan;

3 cawan tpg beras
1/2 cawan tpg gandum
4 cawan air suam

bahan kuah:

Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
halia
bwg putih
bwg merah/besar
lada hitam/serbuk lada hitam
Santan
Asam keping
garam
Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam ;

timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

sambal cili;

cili merah
belacan
garam
limau

Cara-cara ;

Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Thursday, September 20, 2007

BIHUN HAILAM IMMA


masa tengah ym dengan ex college, imma bg tau yg mak dia tengah goreng bihun hailam.. aduhhh teringat masa student2 dulu mak dia selalu hantar bihun hailam kt bilik kitaorang , i n imma ni roomate tau.. so i very lucky , dah lah dapat makan free, sedap pulak tu .. pastu i ni cepat2 mintak resepi mak dia tu... ringkas dan sedap.... cchinese sytle katanya.. thanks to my lovely friend imma (MARHAMAH DAN SEKELUARGA)

BIHUN HAIHAM

Bahan-bahan;

Bihun yang di rendam

Daging di rebus dan di potong halus2
udang

bawang putih di tumbuk halus
lada hitam yg di tumbuk halus
perencah udang

Bahan A;

Kicap biasa
kicap cair
kicap manis
Sos tiram

Kubis

Bahan tabur;

Bawang goreng
Daun bawang
Timun

Cara-cara;

Panaskan minyak di dalam kuali ( i campurkan sesudu besar minyak bijan dengan minyak biasa), gorengkan daging dan udang, angkat, kemudian masukkan bawang goreng , goreng sehingga kuningan masukkan lada hitam, bahan A, masukkan sedikit air rebusan daging dan perencah udang serta daging dan udang yang telah di goreng tadi. Kemudian boleh lah masukkan bihun, kubis serta sedikit garam dan serbuk perasa, angkat dan hiaskan bahan tabur di atas. Siap untuk di hidang.

Monday, September 10, 2007

LONTONG BONDA KU



Cal my mam.. nak makan lontong punya pasal.. lontong ni..ada secret resepi tau.. i buat ni kene tumis dulu.. ikut my mum style...yang lain tu buat macam biasa...haa tambah 3 kali u..... trylah.. superrr! kalu dah try meh habang kat sini sedap atau tak?..