Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

Tuesday, August 11, 2009

SUP SARAWAK



yang buatkan sup ni lain dari yang lain ialah bunga kantan tu.. harum nya semerbak.. rasa ada kelainan sesiapa yang takde anak kecik tu boleh buh serbuk lada hitam banyak2 . mula-mula yatt makan dengan nasi putih lepas tu tak puas.. makan pulak dengan bihun + sup sedap.. thanks intan. intan nilah yang ajar buat sup sarawak ni.. walaupun my friend ini bukan orang sarawak.
SUP SARAWAK ( serius DELICIOUS!)

Bahan-bahan;

3 ulas bawang putih blend dgn halia
1 inci halia

1 biji bawang besar di blend asing
ayam
kiub ayam
bunga kantan di rincit halus
kentang
daun bawang rincit halus
serbuk lada hitam
garam

panaskan minyak tumis bawang putih n halia, goreng hingga kekuningan kemudian masukkan bawang merah, goreng hingga sebati kemudian masukkan air secukupnya , kiub ayam, bunga kantan, serbuk lada hitam, ayam. Tunggu sehingga mendidih masukkan kentang, setelah kentang lembut masukkan garam dan daun bawang. siap sedap taw.

Thursday, July 23, 2009

BLOG DAN AYAM TANDOORI



dah lama tak post blog n... dan dah lama tak melawat kekawan.. sorry kekawan.. laptop yatt ini ada demam-demam skit ni pun belum baik sepenuh yer.. gara-gara install new window explore version. insya allah hujung bulan ni laptop ni kene hantar pi jumpa doctor lepas tu yatt akan kembali berblog. ok semua rindu dgn korang . bye

terimalah tandoori summer.. hehhe

pakai paste ready made dalam botol serius delicious.!

ayam
paste tandoori dlm botol
santan
gula
garam
jus lemon

Tuesday, July 7, 2009

AYAM PANGGANG KUALI



ain terima kasih atas resepi yg super ini.. memang best giler, panaskan esoknya lagi best kan.. resepi wajib semperna raya tahun ini insya allah. tapikan ain.. masa i nak ambil gambar ayam nikan tak tahulah .. apalah nasib dekat 20 kali snap semua gambar blur dan tak cantik.. tapi kekawan semua dia punya rasa perrhh sedap.. sesuai mkn dgn ketupat .. ini..sedap bangat. sampai jilat ke jari uuhhuuu ...kekawan sila rujuk gambar n resepi kat blog ain

Bahan-bahan;

ayam
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
serai
lada basah
cili api
buah keras
sedikit kunyit
(blend bahan2 di atas)

santan (sedikit saja)
asam keping
daun kunyit
daun limau purut

Cara-caranya:

tumis bahan-bahan yg diblend hingga pecah minyak masukkan ayam. letak air sedikit biarkan ayam empuk masukkan santan dan asam keping masuk garam, gula dan ajinomoto kacau rata dan biarkan sampai a bit kering sebelum nak tutup api tu. masukkan limau purut dan daun kunyit
- sedap nak mkn ngan ketupat atau lontong

Wednesday, April 8, 2009

AYAM DENDENG (KENDURI)

dari resepi kak yang tersayang k.ummi . resepi asal kak ummi guna daging tapi yatt ganti dengan ayam... only one word- DELICIOUS!!!



AYAM DENDENG

Bahan:-

ayam (di goreng sedikit dengan minyak)-

1/2 cawan cili kering - kisar
5 ulas bawang merah -bersama
3 sudu besar gula melaka
4 sudu besar air asam jawa pekat
1 1/2 sudu besar kicap pekat manis
bunga lawang - yatt tambah
buah pala -yatt tambah
bunga cengkih - yatt tambah
garam secukup rasa

12 ulas bawang merah - buat bawang goreng

Cara Membuat:-

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis, cili dan bawang kisar. Masak hingga betul-betul pecah minyak. Masukkan gula melaka, kicap, air asam jawa dan garam. Seimbangkan rasa. Masak hingga kering sikit dan naik minyak lagi, baru masukkan daging tadi. Kacau rata. Tutup api dan masukkan bawang goreng dan kacau rata. Sedap dimakan dengan lemang/pulut/nasi/roti.

Tuesday, April 7, 2009

AYAM BAKAR DAN AIR ASAM

ajim bakar ayam, yatt buar air asam... lunch untuk sabtu lepas



Thursday, March 26, 2009

THAI GREEN CURRY (CHICKEN)



sedap di makan bersama nasi panas-panas...

rasa macam jakun bila ternampak terung pipit kat finland ni.. wahhh sungguh jakunyer... hehehhe jangan tak sangka terung pipit boleh terbang sampai ke sini..

THAI GREEN CURRY (CHICKEN)

Bahan-bahan

isi ayam di potong kecil-kecil di goreng terlebih dahulu
pes kari hijau ready made punya
santan

bawang merah di mayang halus
bawang putih di mayang halus
halia di mayang halus
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga

sos ikan
limau purut
gula melaka
serai diketuk
lada hitam

tepung bulat hijau di bakar sedikit
terung pipit
daun selasih

Cara-caranya;

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan halia, goreng sehingga wangi, masukkan pes kari hijau serta serai goreng sehingga garing, masukkan air dan santan. Kacau,masukkan pula ayam, terung pipit, terung bulat (yatt belah dua je), sos ikan, limau purut, gula melaka. akhir sekali masukkan daun selasih dan lada hitam.

Wednesday, March 11, 2009

SATE

makan sate pulak , kuah buat sendiri , daging sate ayam tu dah siap-siap beli yang ada rencah, balik cucuk dengan lidi sate senang heheh.... orang malas memang macam tu. last weekend hubby and i gi tampare, shopping daging/ayam halal di arabian shop. cukup lah untuk sebulan..penuh 3 peti ais uuhhuhhhuuu..


KFC- HOMEMADE



seriously memang remeh tapi akan rasa seperti ayam KFC, sampai ke dalam daging hingga ke tulang. banyak kali yatt try ayam goreng macam ini kekedang tu rentung la...
but this resepi really AAA
yang ini kalu u all try , kalu tak rasa sedap sampai ke tulang bagi tau yatt balik.

KFC -HOMEMADE

Bahan-bahan (A);

4-5 ketul ayam
*3 biji buah pelaga
*2 sudu besar jintan manis
*2 sudu besar jintan putih
*1 sudu besar biji ketumbar
* 1 sudu kecil rosemarry
*di goreng skit tanpa minyak kemudian blend sehingga halus

1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah kari daging (if u all nak curry flavourlah)
1 sudu besar serbuk cili ( kalu nak hot n spice tambah lagi)
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam
1 sudu besar black pepper

Bahan -bahan B;

1 biji telur besar di pukul sehingga kembang
7-9 keping biskut 4 segi di blend kasar
3 sudu besar tepung jagung

Cara-caranya;

Cucuk-cucuk sikit daging ayam dengan lidi sate kemudian campurkan semua bahan A dan lumpurkan ke atas ayam, gaul sehingga 4-5 minit. Masukkan ayam ke dalam oven suhu 120'c selama 40-45 minit.
Panaskan minyak, gelikkan ayam dalam tepung jagung kemudian celup dalam telur dan akhir sekali gaulkan ayam di dalam serbuk biskut dan goreng sehingga warna keemasan. Kulit ayam takkan rentung atau hitam sebab isi ayam dah masak terlebih dahulu. Goreng ayam mengambil masa dalam 5-8 minit sahaja.

Sunday, March 8, 2009

AYAM BAKAR SIMPLE

k.ina kl ... yatt pun main bakar-bakar gak.. yatt bakar ayam dalam oven je.. special skit masak on friday hari tu... husband nak balik oiii .. kene kemas mengemas kene masak-masak yang best-best skit... heheheh... tu yang tak sempat berblog selama 2 days, husband sampai on 1 pagi saturday, terus ngap ayam bakar ini.


Thursday, February 5, 2009

SEAWEED CHICKEN RAUMA (JAPANESE FOOD)





nak buat ni kene ambil masa tapi hasilnya..yummie.. my hus yang tak makan seaweed terus makan sekali, the best part .. my hus tak makan sayur... kiki.. so dengan keharuman ayam ni membuatkan kitaorag makan ayam ni ratah gitu je... ini japanese food

SEAWEED CHICKEN RAUMA ( japanese food )

Bahan-bahan;

4 ketul ayam
4 sudu besar kikkoman all purpose soy
1 1/2 sudu besar cuka
1 sudu kecil gula
sedikit garam
3 sudu tepung jagung
black pepper
seaweed

Cara-caranya;

peram ayam bersama cuka, soy dan gula selama setengah jam (30 minit) kemudian masukkan garam . satukan tepung, black pepper dan seaweed yang di gunting halus. Golekkan ayam di dalam tepung dan goreng ayam sehingga masak. Than balutlah bersama seaweed semasa ayam tu masih panas2 lagi . yatt letak version ayam yang dah balut dan satu lagi tanpa seaweed still sedap sebab ada seaweed.

Monday, January 12, 2009

NASI DAGANG RAUMA


nasi ni masak sebelum sakit2 datang melanda diriku... heee.. takpe yatt sakit jangan anak-anak sudahlah...

NASI DAGANG

Bahan-bahan;

beras pulut
beras biasa
pati santan
halba
bawang merah
halia
garam

Cara-caranya;

Rendam beras pulut dan beras biasa selama setengah jam- 45 minit, kemudian toskan, selepas itu kukus selama 15 minit (separa masak), angkat kemudian gaul bersama pati santan, halba , bawang merah dan halia sehingga sebati, kemudian kukus semula selama 20-25 minit sehingga beras menjadi lembut dan masak. Siap.

Sunday, December 21, 2008

AYAM DAN KENDANG MASAK KICAP


POSTTO GAMBAR DULU OK

Monday, December 8, 2008

AYAM GORENG MUDAH


AYAM GORENG MUDAH

Bahan-bahan;

ayam yg halal yg di sembelih secara islam (hahhahahhaha)

sos tiram
kicap
black paper
gula

Cara-caranya;

Peramkan semua bahan bersama ayam selama 1/2 jam kemudian di goreng di dalam minyak sederhana panas, goreng sehingga masak, angkat, hidang bersama nasi ayam atau di makan panas2.

Wednesday, May 21, 2008

AYAM KERMAS



MARI KITA ENJOY!!! korek resepi dari blog pakcik mat kulai

AYAM KERMAS

Bahan-Bahannya :-)

6 keping peha ayam yang besar
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam

4 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
4 cm halia*
4 cm lengkuas*
1 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh lada putih biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh serbuk kunyit*
(*dikisar hingga halus)

Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Tabur :-)

200 ml stok air rebusan ayam
2 camca besar tepung beras
1 biji telur
Sedikit air

Cara membuatnya :-)

Ayam dicuci bersih toskan dan masukkan ke dalam periuk. Tuang bahan2 kisar halus, masukkan daun limau purut dan daun salam (bay leaf), tambah garam (anggaran 1/2 camca teh). Tambah sedikit air dan masak hingga ayam empuk. Angkat dan toskan ayam.
Masak kembali stok tadi sehingga pekat, keluarkan daun limau purut dan bay leaf. Sejukkan. Panaskan minyak, goreng ayam tadi sehingga kuning keemasan, angkat toskan minyak dan susun dalam pinggan sesuai.
Dalam satu bekas, satukan tepung beras bersama sedikit air, kacau dan masukkan telur, gaul hingga rata. Tuang stok ayam tadi (sukat 200ml) dan bancuh hingga sebati. Panaskan minyak (biar minyak betul2 panas), kemudian ambil 1 senduk bancuhan tadi dan tuang dalam minyak panas. Masak hingga garing. Angkat dan toskan atas paper towel, buat hingga siap.
Tabur bahan tadi atas ayam goreng sebelum dihidangkan bersama sambal kegemaran....yumm yummm....

Tuesday, May 13, 2008

NASI DAGANG



Wahh membuka selera hari ini... dapat makan nasi dagang walaupun malas nak buat solok lada tapi habis nasi dagang untuk juadah hari ini... mak labu yang makan banyak sampai senggak perut, malam tak leh tido..satu badan rasa panas... tapi puas ler makan..ehhehhe.. nasi dagang dengan kari ayam n sambal.. jadilah..

NASI DAGANG

Bahan-bahan;

beras pulut
beras biasa
pati santan
halba
bawang merah
halia
garam

Cara-caranya;
Rendam beras pulut dan beras biasa selama setengah jam- 45 minit, kemudian toskan, selepas itu kukus selama 15 minit (separa masak), angkat kemudian gaul bersama pati santan, halba , bawang merah dan halia sehingga sebati, kemudian kukus semula selama 20-25 minit sehingga beras menjadi lembut dan masak. Siap.

Friday, April 18, 2008

AYAM MASAK KICAP SIMPLE 08


Tak de cili merah besar n daun bawang.. semua stock dah habis buh apa ynag ada jek kat umah.. asal boleh ngappp..udah..!

AYAM MASAK KICAP SIMPLE

Bahan-bahannya;

ayam di goreng terlebih dahulu dengan sedikit garam dan kunyit
bunga lawang
bawang merah hiris nipis
bawang putih hiris nipis
halia hiris nipis
kicap ( indofood- sweet soy sauce- kicap manis)
kicap pekat (Life- Soya Sauce-Dark)
sos tiram
lada hitam

Cara-caranya;

Panaskan minyak, masukkan bunga lawang goreng hingga naik wangi masukkan bawang putih dan merah, halia. Goreng separuh masak masukkan kicap, lada hitam dan sedikit sos tiram, akhir sekali masukkan ayam goreng sehingga masak. Angkat.

Saturday, March 29, 2008

AYAM PERCIK BAKAR


ni antara lauk menu semalam untuk juadah hidang kawan-kawan UAE-MALAYSIA. Terima kasih kerana sudi datang ke teratak buruk yat yang tak seberapa tu..hahah...


AYAM PERCIK BAKAR

Bahan-bahannya;

ayam di potong mengikut suka

bahan blend ;

blend (1)
jintan manis
jintan putih
biji ketumbar

blend (2)
bawang merah
bawang putih
halia

Bahan-bahan lain;

santan
cili boh (cili kering yang telah di belnd)
kunyit serbuk
tepung beras
garam
gula
serai (dititik)
asam keping

Cara-caranya;

Masukkan santan, cili boh, kunyit, serai, blend 1 dan kedua ke dalam periuk , masak seketika. Setelah mendidih masukkan garam gula, asam keping dan ayam. Masak sehingga ayam separuh masak kemudian angkay dan letak ke dalam dulang pembakar. Bakar ayam sehingga masak, renjis dengan sedikit minyak dengan mengunakan daun kunyit apabila ayam sedang di bakar. Siap untuk di hidang.

Friday, February 1, 2008

SZECHUAN CHICKEN


ni ambik resepi dari blog jun.. blog dia ni kan byk betul idea2 masakan ... yang mmg best... ni yang yat try satu...jom masak.

SZECHUAN CHICKEN

2 dada ayam-potong kecil2
2 in halia-hiris nipis
2 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang merah- hiris
1 biji cili merah-hiris
4 biji cili kering-potong2
2 daun bawang-potong 1 in panjang

bahan perap:-A

1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh pepper
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar 'apple cider vinegar'

bahan perasa:-B


1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh pepper
2 sudu besar soya sos
sedikit apple cider vinegar/sos worchestersire
Cara-caranya;
ayam tadi perap ngan bahan A n biar selama 30min. goreng n ketepikan.tinggalkan 2 sudu besar minyak, tumis n masukkan semua bahan yg lain n masak hingga wangi n keperangan. masukkan ayam n bahan B. kacau rata, angkat n hidangkan.

Wednesday, December 12, 2007

CHICKEN AND BASIL STIR-FRY



resepi tgk sini kat blog kwn kita jo..Chicken 'n' Basil Stir-Fry sedap ..

CHICKEN AND BASIL STIR-FRY

Bahan-bahan:

500gm ayam-potong kecil
2 tbs cili giling
5 ulas bawang putih-chopped
1 cwn daun basil
1 tbs sos ikan
1/2 tsp belacan
1 tsp garam-secukupnya
1 senduk minyak masak

Cara-caranya;

panaskan minyak, goreng ayam sampai kekuningan masukkan cili & belacan ,masak sampai hampir kering masukkan bawang putih & basil masukkan sos ikan, garam ,masak sampai kering

Tuesday, December 11, 2007

ROJAK AYAM UTARA





ok.. geng geng.. dah ada resepi tu .. buat ler bila2 senang..

ROJAK AYAM UTARA

Bahan cucur udang

tepung gandum
udang basah
udang kering di blend
bawang merah di blend
daun kucai
garam
air untuk bancuh tepung
soda of bikarbonat

bancuh semua bahan-bahan di atas dan goreng.

Bahan kuah;

keledek sederhana besar (direbus hingga empuk) di belnd halus
kacang di goreng tanpa minyak dan di blend kasar
udang kering di belnd halus
air asam jawa
gula merah
gula pasir
garam
ajinamoto

di goreng tanpa minyak dan di belnd halus;

jintan manis
biji ketumbar
bawang merah
buah pelaga
cili boh (terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)
serai
halia
lengkuas

Tumis bahan yang di blend dengan sedikit minyak. Kacau sehingga bahan naik wangi (garing), masukkan keledek, udang kering, gula merah, gula pasir, garam, santan , kacang dan serbuk perasa. akhir sekali masukkan air asam jawa. Masak sehingga kuah pekat, angkat

Bahan lain;

kentang rebus
telur
tauhu
timun
sengkuang
kubis
ayam goreng