Showing posts with label KEK LAPIS SARAWAK. Show all posts
Showing posts with label KEK LAPIS SARAWAK. Show all posts

Saturday, April 25, 2009

KEK MADU KEMENYAN



lagi resepi dari kak dayang , terima kasih kak dayang kerana berkongsi resepi ini.

KEK MADU KEMENYAN

Bahan A

1 1/2 gelas tepung
1 sudu ovallate
1 sudu esen vanilla
1 gelas Gula pasir

pukul telur sehinggan kembang masukkan ovallate, vanila gula pasir pukul dan akhir sekali masukkan tepung.

Bahan B

10 biji kuning telor
1/2 gelas gula pasir( di pukul hingga kembang)-
Masokkan butter 8oz pukul hingga kembang lg-
Masokkan 1 botol kecil Golden Syrup
- 1 gelas tepung marie ( biskut marie yg di kisar menjadi tepung)
- 1/2 gelas serbuk koko
- 1/2 gelas tepung gandum
- 1 gelas horlicks
- 1 camca kecil browning- kacau rata2 & sebati

Sesudah menjadi 2 bahagian, selang selikan adunan seperti di dalam gambar. atau mengikut kesukaan masing2 nak mencorak. Sesudah di selang selikan, Tutup loyang dengan plastik ikat ketat dengan tali rafia utk elak air kukusan masuk.
Kukus adunan di dalam loyang 8x8x3". Kukus selama 4 jam

Thursday, March 26, 2009

KEK PILIH KASIH SARAWAK

kek ini yatt buat untuk kawan -tina di pori, finland. ada majlis makan-makan hari ini... best.. best..
yatt ambil resepi asal dari sumber MyResepi, dalam resepi tu banyak kan, so yatt taip semula bahan-bahan yang yatt buat. selamat mencuba ye kekawan semua.. memang sesiapa pencita kacang ini akan suka makan kek ini.

KEK PILIH KASIH

½ cawan tepung kek
1 cawan tepung marie
175 gm butter
4 biji telur besar
1 cawan gula halus
3 sudu besar browning sugar
5 sudu besar susu pekat
4 sudu besar hoclick
3 sudu besar milo
3 sudu besar kaya
½ cawan bijan yg telah di goteng tanpa minyak
½ cawan walnut yg di kisar kasar2 ( boleh guna kacang tanah juga)
1 susu kecil esen vanilla

Cara-caranya;

Pukul telur sehingga betul-betul kembang 20-30 minit. Dalam bekas lain blend butter sehingga kembang baru masukkan gula, blend lagi sehingga kembang masukkan esen vanilla, susu, browning sugar , milo dan sekaya, blend lagi, kemudian masukkan telur , blend, last but not list, dengan menggunakan spatula masukkan tepung, tepung marie , hoclick dan walnut serta bijan. Masukkan dalam bekas dan taburkan kacang di atasnya kemudian kukus selama 2 jam . Sebelum kukus pastikan air sudah mendidih dan bekas kek hendaklah di tutup dengan plastik dan ikat kejap. Selepas tu, keluarkan kek bakar sekejap dalam 5-8 minit dalam oven dalam suhu 170'C. Sejukkan dalam 30 minit barulah di potong.


Wednesday, March 25, 2009

KEK LAPIS LUMUT



take a break, let try this!!! so u can taste for your own..
no more than words can't i say.. i love my cake colour .. i see like lumut2 lah...
terima kasih kepada
kak dayang empunya resepi dan s_shamen yang telah mencuba resepi ni..
yatt hanya buat setengah adunan daripada resepi di bawah

KEK LAPIS LUMUT

3 cawan tepung kek
500gm butter
10 biji telur
1 1/2 cawan gula halus
1/2 tin susu pekat
1 cawan hoclick
1 cawan jem kaya
1 cawan nestum
1 susu kecil esen vanilla
pandan paste

Cara-caranya;

Pukul telur sehingga betul-betul kembang 20-30 mini. Dalam bekas lain blend butter sehingga kembang baru masukkan gula, blend lagi sehingga kembang masukkan esen vanilla, susu dan sekaya, blend lagi, kemudian masukkan telur , blend, last but not list, denagn menggunakan spatula masukkan tepung, nestum , hoclick dan pandan paste. Masukkan di dalam bekas dan kukus selama 4 jam (yatt kukus 2 jam setengah sebab buat 1/2 adunan). Sebelum kukus pastikan air sudah mendidih dan bekas kek hendaklah di tutup dengan plastik dan ikat kejap. Sejukkan dalam 40minit ke 1 jam barulah di potong.
**untuk kekawan- yatt ada terbaca di myresepi - lepas kukus kek ini terus di bakar sekejap di dalam oven dalam suhu 180-170'C untuk 6-10 minit bagi tahan lama**