Saturday, April 7, 2007

AGAR-AGAR NOREEN




Bahan-bahan;

1 peket agar2 di masak
2 cawan gula melaka/gula merah
1/2 tin santan
2 biji telur
1 helai daun pandan
Secubit garam

Cara - cara;

Agar-agar tu dimasak bersama daun pandan dahulu bersama air di dalam periuk yang bersaiz sederhana besar. Selepas itu, santan dan telur diblend, masukkan sedikit garam ke dalamnya.Bila agar - agar sudah mengelegak masukkan gula merah. Kacau dan apabila sudah sebati , masukkan telur yg telah diblend dengan santan ke dalam periuk yg berisi gula merah dan agar2 itu tadi. Selepas itu, apabila nak pekat cepat-cepat masukkan dalam loyang. Jangan lupa buang daun pandan.

** Di dalam loyang u all kena kacau guna sudu ikut putaran jam selama 5 minit. Semasa mengacau sudu itu jangan di kacau sampai kebawah cuma dibahagian atas agar- agar yang telah siap di masak itu tadi supaya kita akan dpt dua lapis , gula merah itu akan mendap ke bawah. Simpan di dalam peti sejuk. Sejam kemudian siap di santap bersama keluarga.

p/s : My friend noreen cakap kalu simpan 2 or 3 hari agar-agar ini akan rasa lagi lemak dan enak untuk dimakan. Than,kalu guna gula melaka atau brown sugar yang warna hitam tu, agar- agar nii akan nampak cantik lagi sebab atasnya tu akan menjadi warna brown gelap. Yang i buat tu guna light brown takde gula melaka sini.


Resepi asal dari Noreen-uk ; Thank so Muchh!!

0 comments: