Dah lama tak makan kuih ni mulanya nak buat inti untuk kuih bom, tapi cari tepung pulut tak jumpa lagi. Hari tu ada tapi dompetlak hilang.. tak jadi beli. Susah susahsangat i buat jek kuih rengas. senang cerita.
Kuih Rengas by nonaharyati
Bahan -bahan;
Bahan A; Untuk inti;
1 paket kecil kacang hijau (direndam dahulu selama 1 1/2-2 jam)
1 cawan santan
5 cawan air
3/4 cawan gula perang
Sedikit gula pasir (jika suka)
1 sudu kecil garam
3/4 cawan tepung gandum
1 helai daun pandan
Bahan B; Untuk kulit;
3/4 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Cara-cara;
Bahan A; Rebus kacang hijau sehingga agak hendak lembut. Jika masih agak keras tambahkan sedikit air lagi, kemudian bolehlah tambahkan gula perang, santan , gula pasir, daun pandan dan garam. Kacau sehingga kering dan lembut. Angkat.
Untuk kulit (Bahan B); Masukkan tepung ke dalam mangkuk, letak air kacau sehingga sebati jika pekat tambah lagi sedikit demi sedikit air, masukkan telur, serbuk kunyit dan garam. Adunan ini seperti hendak mengoreng pisang.
Setelah siap, ambil inti kacang tadi gaulkan dengan tepung. Buat leper leper dan masukkan ke dalam bahan B dan goreng di atas api yang sederhana. Goreng sehingga kekuningan. Angkat. Siap untuk disantap.
0 comments:
Post a Comment