kurma telur rebus jek ari ni...
KURMA TELUR REBUS
Bahan-bahan;
Telur ayam yg telah di rebus dan di buang kulitnya
Ubi kentang di potong 4
Bahan tumis;
Daun kari
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit Kayu manis
Buah pala
Bawang putih yang di mayang halus
Bawang merah yang di mayang halus
Bahan lain;
Rempah kurma
Asam keping
Cili besar hijau belah 2
santan
garam
Cara-cara;
Dengan sedikit minyak, tumis bahan tumis sehingga kuning keemasan, masukkan rempah kurma yang telah di campurkan dengan sedikit air, masak sehingga rempah tu garing, masukkan sedikit air dan diikuti santan serta ubi kentang, cili besar, asam keping. Kacau sehingga sebati , apabila ubi agak - agak dah lembut, masukkan telur dan garam.. masak sehingga seketika, angkat.
2 comments:
dah lama tak makan kurma. lagi sedap kalau ader sambal belacan...yummy.
betul tu .. mmg gu dgn sambal belacan dan ikan masin
Post a Comment