Tuesday, April 15, 2008

PULUT KUNING




Terima kasih kepada kak nisa atas nasihat tunjuk ajar cara buat pulut ni dan tak lupa pada blog k.ummi n k.e sebab yat buat sebagai rujukan untuk buat pulut kuning ni.. tak sia-sia buat menanak pulut ini untuk dinner hari ini.. walaupun banyak keje tapi hasilnya lumayan .. Yat makan pulut ni bersama kari ayam , ikan masin dan telur dadar tambah 3 x ..wahh sengkak perut..resepi yat copy and paste dari blog k.ummi.. boleh yek k.ummi..
Untuk orang dubai; beras pulut boleh dapat di lulu, choitham dan di kedai-kedai thailand di Karama.

PULUT TANAK

Bahan-bahan:-

1 kilo beras pulut
(*rendam semalaman/selama 4-5 jam dengan serbuk kunyit dan 2 keping asam gelugur)

2 cawan santan pekat
3 helai daun pandan
2 sudu kecil garam halus

Cara Memasak:-

Masak air dalam periuk kukus biar didih. Sementara itu, buang air rendaman pulut dan basuh sekali lagi pulut. Masukkan perlahan-lahan dalam periuk kukus (berlubang) dengan di alas daun pandan bersilang-silang. Kukus pulut selama lebih kurang 30 minit/hingga pulut kelihatan kembang. Balik-balikkan pulut satu kali semasa pertengahan kukus. Sementara itu, dalam bekas lain, masukkan santan dan garam, kacau rata.
Bila pulut telah kembang, perlahankan api dan angkat pulut, tuang dalam bekas besar, masukkan santan tadi sedikit demi sedikit, kacau rata. Masukkan sekali lagi dalam periuk kukus berlubang dan kukus sebentar (-+ 5 minit). Angkat dan ratakan pulut dalam periuk lain, dan letak sebentar atas api paling kecil selama -+ 10 minit.
UNTUK AMY :- U NAK BUAT PULUT WITHOUT SANTAN BOLEH GUNA CARA MASAK SEPERTI DI ATAS CUMA U JANGAN LETAK SANTAN. OK. SELAMAT MENBCUBA!

4 comments:

tuan umah said...

salam kak

nanti ke umh kita ambik tugsan garden

Dayang said...

sedap nih utk supper keh keh

Yatie said...

nampak sedap je pulut kuning tuh teringat my MIL dia cukup suke pulut kuning

princessharyati said...

ok2 ctnik.. nanti ambil tugasan tu, k.dayang - yatt mkn tak ingat sampai sengkak perut..yatie- i ni bukan apa.. mcm2 nak mkn hehhe