Wednesday, March 25, 2009

KEK LAPIS LUMUT



take a break, let try this!!! so u can taste for your own..
no more than words can't i say.. i love my cake colour .. i see like lumut2 lah...
terima kasih kepada
kak dayang empunya resepi dan s_shamen yang telah mencuba resepi ni..
yatt hanya buat setengah adunan daripada resepi di bawah

KEK LAPIS LUMUT

3 cawan tepung kek
500gm butter
10 biji telur
1 1/2 cawan gula halus
1/2 tin susu pekat
1 cawan hoclick
1 cawan jem kaya
1 cawan nestum
1 susu kecil esen vanilla
pandan paste

Cara-caranya;

Pukul telur sehingga betul-betul kembang 20-30 mini. Dalam bekas lain blend butter sehingga kembang baru masukkan gula, blend lagi sehingga kembang masukkan esen vanilla, susu dan sekaya, blend lagi, kemudian masukkan telur , blend, last but not list, denagn menggunakan spatula masukkan tepung, nestum , hoclick dan pandan paste. Masukkan di dalam bekas dan kukus selama 4 jam (yatt kukus 2 jam setengah sebab buat 1/2 adunan). Sebelum kukus pastikan air sudah mendidih dan bekas kek hendaklah di tutup dengan plastik dan ikat kejap. Sejukkan dalam 40minit ke 1 jam barulah di potong.
**untuk kekawan- yatt ada terbaca di myresepi - lepas kukus kek ini terus di bakar sekejap di dalam oven dalam suhu 180-170'C untuk 6-10 minit bagi tahan lama**

5 comments:

Dayang said...

ya mashaallah sedap yatt,rasa kat tekak dah ni wehhh

princessharyati said...

itu dia tuan empunya resepi dah datang.. terima kasih kak dayang..buahh i lap u

QiStinA's said...

yatt..dlm sebok2 jadi nurse sempat gak melapis yek...power tul...

ain said...

betul kata Qis..sibuk2 jg org sakit, sempat lg buat kek. klu rajin2 nanti, ingat nak try le kek ni. Nmpak sedap je.

princessharyati said...

moi- nam kek ni lapis tapi tak melapis pun lambak je dlm bekas senng cuma lama nak tunggu masak.. bau tak tahan sedap..

ain- kene cuma sedap sampai tak boleh berhenti mkn ooOOoo