Wednesday, March 28, 2007

AGAR-AGAR SPECIAL



Agar-agar special by nonaharyati
Bahan-bahan;

1 paket agar-agar (yg medium saiz)
1/2 cawan gula
1 periuk air (periuk medium saiz)
1 tin kecil susu cair
4 titik pewarna merah
4 titik perwarna hijau
1 tin medium fruit cocktail

bahagian bawah(A):
4 sudu besar Mango custard
3 susu besar gula
1/2 cawan fresh milk
1/2 cawan air

Cara-cara;

Sediakan bahagian bawah (bahan A)
Bancuh Mango custard dengan sedikit air masukkan kedalam
periuk bersama gula, fresh milk dan air. kacau sehingga likat.
*Mango custard mesti di kacau sentiasa agar tidak berketul.
Setelah siap letakkan kedalam bekas agar-agar.
Panaskan air ke dalam periuk, masukkan agar-agar bersama
gula dan air yang berada didalam tin cocktail, masak sehingga
agar-agar itu cair dalam 10-15minit.
Tapis air agar-agar tersebut dan bahagikan 3 bahagian.
1 untuk merah, 1 untuk hijau dan 1 lagi bahagian lagi letak susu cair.
Masak untuk seketika dalam 2-4 minit.
kemudian bolehlah letak lapisan agar-agar serta buah-buahn cocktail
tadi di atas custard mengikut kesukaan anda.
Siap untuk disantap.

0 comments: