Monday, March 19, 2007

ROTI JOHN



Roti John by nonaharyati
Bahan-bahan ( 3-4 orang );
4 biji roti panjang di potong dua di tengahnya
1 tin tuna (guna sardin pun boleh)
1 biji bawang besar di potong dadu kecil2
1 biji capsicum di potong dadu kecil2(nak pakai cili merah pun takpe)
2 biji telur
Sedikit garam
Butter
Cream cheese
1/2 biji lemon
Cara-cara;
Untuk sediakan inti (Bahan A) -Pukul telur didalam bekas. Kemudian masukan tuna, capsicum, bawang, perahkan sedikit lemon dan sedikit garam. Panaskan kuali leper, letak sedikit butter. Sapukan roti dengan cream cheese. Ambil 2 sudu bahan A letak di dalam kuali secara memanjang ikut saiz roti kemudian letakan roti di atasnya., tunggu 2-3 minit terbalikkannya. Inti tersebut akan melekat di permukaan roti tadi. Ulangi sampai roti itu habis. Siap untuk di santap bersama.

0 comments: