Tuesday, April 10, 2007

AYAM KUNG PAO


Ayam Kung Pao by nonaharyati

Bahan - bahan;

Bahan A;

2 belah dada ayam (di ambil isinya sahaja
Sedikit tepung jagung
Sedikit garam

100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
3 tangkai cili kering - (di potong kasar kasar)
2 biji bawang besar (potong bulat bulat)
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji capsicum - potong lebar2 sediikit
Sedikit air
Sedikit olive oil ( minyak lain pun boleh)
Sedikitgaram
2 inci halia - ditumbuk halus

Cara-cara;

Utk bahan A tadi - Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung, kemudian goreng sehingga masak, dan toskan. **Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan. **I guna cili capsicum sahaja semasa masak sb ada orang nak datang makan takut dia tak makan cili kering** . Tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan sedikit air. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan akhir sekali letak di dalam piring letakkan bawang besar yang di potong di atasnya. Daun pudina sebagai hiasan.

p/s: i guna olive oil kerana ia rasa lebih sedap dan enak. Cubalah.

0 comments: