Tuesday, April 3, 2007

TERUNG GORENG SPECIAL


Terung goreng special by nonaharyati

Bahan-bahan;
3 biji terung di belah 2 dan potong serong
1/2 cawan ikan bilis kecil
2 sudu osyters sos
sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit kunyit
1 keping asam keping

Bahan untuk dikisar;
2 biji cili merah
9 biji cili padi
1/2 inci belacan di bakar
1 biji bawang merah besar (saiz sedang)

Cara-cara;

Gaulkan terung dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng terung tersebut sehingga warna keemasan. Angkat terung itu. Kemudian, bolehlah goreng ikan bilis sehingga garing , angkat masukkan ke dalam mangkuk bersama terung yang siap di goreng tadi. Buangkan sedikit minyak didalam kuali yang sama masukkan bahan-bahan yang di kisar halus. Kacau hingga sebati. Masukkan suku air dan asam keping. Masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan terung, ikan bilis, osyter sos, sedikit gula, garam serta ajinamoto dan tutup api dapur. Siap untuk disantap bersama keluarga.

0 comments: