Udang bendi masak lemak cili padi by nonaharyati
Bahan-bahan ( 2-4 orang );
15 ekor udang basah (dibuang kulit dan dibelah belakang)
2 cawan santan
15 batang bendi
7 batang cili padi (+.-, di kisar halus)
1 biji bawang besar (di belah 6)
1 batang serai (di titik)
sedikit serbuk kunyit
1 asam keping (kecil)
Sedikit garam /ajinamoto
daun kunyit (kalu ada)
Cara-cara;
Masukkan santan , kunyit, serai, bawang dan cili padi, kacau sehingga mendidih. Kemudian masukkan udang , bendi dan garam/ajinamoto. Kacau seketika dalam 2-3 minit. Selepas itu letak asam keping. Angkat. Siap untuk di santap.
p/s; jangan masak terlalu lama , isi udang akan mengecut dan bendi akan menjadi lembik. Sentiasa kacau agar kuah ni agar tak pecah minyak.
0 comments:
Post a Comment