Monday, May 14, 2007

MANCHOW SOUP WITH CHICKEN


Hari ini nak try masakan cina lak. Masakan ni sennag dan sedap. Rahsia masakan kene cari dried cripy noodle ni. Memang sedap makan panas-panas.

Manchow soup with chicken by nonaharyati

Bahan-bahan;





Dried cripy noodle untuk seorang









Isi ayam secukupnya utk seorang
Sedikit isi ketam (i guna yang dah siap)
1 biji telur
sedikit kuib pati ayam
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Sedikit halia
Sedikit capsicum
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit lobak merah
Sedikit kubis
2 sudu besar kicap cair
1 sudu sos tiram
1/2 sudu kecil tepung jagaung di bancuh dgn sedikit air
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam/ajinamoto

Cara cara;

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih,merah dan halia, setelah kekuningan masukkan ayam kacau secau dan letak 3/4 mangkuk air. Letakkan isi ketam, kicap,sos tiram dan capsicum. Setelah mendidih masukkan lobak, kubis , garam dan lada hitam. Kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan air tepung jagung , telur dan daun bawang. Setelah masak angkat. Masukkan kedalam mangkuk dan masukkkan dried cripy noodle. Makan panas2 , sedap.

P/s; boleh tambah sayur -sayur kegemaran u all. Ayam boleh ditukar dengan beef atau sotong atau udang ikutlah selera u all.

0 comments: