Wednesday, May 9, 2007

SALMON STEAK -SOS PUTIH


simple tapi memang sedap.. rasa cream habiss.... sosnya memikat hati.. thks for Lydia..

Salmon Steak dgn Sos Putih by nonaharyati

Bahan-bahan;

2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam

Bahan-bahan untuk sos;

1/2 keping cheeseddar
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam

Cara-cara;

Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
utk ikan; Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.

0 comments: