Tuesday, November 13, 2007

AYAM GOLEK CILI API



tengok ayam golek CMG (cik mat gebu) rasa nak buat lak....resepi asal oleh "Kak Pah"

AYAM GOLEK CILI API

Bahan Utama:-

1 ekor ayam sederhana besar
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disimpul
1/2 ketul kiub ayam "MAGGI" ( i tak letak)
2 cawan santan pekat
Garam dan gula (jika perlu)

Bahan Kisar Halus:-

10 - 15 biji cili padi
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah kecil
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih (i tak letak)

Cara membuatnya:-

Belah sedikit ayam di bahagian dada supaya bahagian dalam ayam masak rata, bersihkan dan tos. Ayam tidak payah di potong. Dalam kuali yang agak besar (boleh muat seekor ayam), masukkan santan, bahan2 kisar, serai dan daun kunyit. Masukkan sedikit garam dan gula. Biar mendidih. Masukkan ayam tadi dan kecilkan api. Masak ayam atas api perlahan hingga kuah pekat. golek2kan ayam setiap 5 minit. Kemudian, jika suka, keluarkan ayam tadi dan panggang dalam oven pada suhu 200C selama 10 - 15 minit hingga keperangan. Hidangkan bersama lebihan kuah tadi sebagai sos.

2 comments:

Mat Gebu said...

Eh...ada rama2 laaa..angkut dari M'sia ke rama2 tu....hahaha, comey ayam golek tu, sama mcm style pakcik bile ter"golek"...hehehe

princessharyati said...

amboi.. kak cik boleh bayangkan mcmana CMG tergolek2 di pantai... hehehhe... rama2 tu mai dr china...