Thursday, November 8, 2007

BAGEL




resepi di ambil dr myresepi - umi_e. Tengkiulah bebanyak kerana kongsi resepi ini, best sangat.. inilah hasil bagels i. Gambar kedua tu i telah letakkan cooking coklat bersama kacang. Sedap!

BAGELS

Bahan-bahan;

500 gm tepung roti
250 ml air suam
15 gm yeast
2 sudu makan minyak masak (ikut jenama yg diguna)
2 sudu teh garam
50gm gula kastor

1 biji telor utk sapuan(glazing)

Cara-cara ;

Satukan yeast+air suam dan masukkan minyak. Satukan tepung+gula+garam dahtu buat lubang di tengah2 (well) dan kemudian masukkan bancuhan no.1 tadi dan ulilah tepung lebih kurang 10mins. Setelah itu tutup dengan kain lembab dan biarkan naik 2 kali ganda. ***kalau ada bread maker masukkan semuanya dan set untuk dough . Setelah doh naik 2 kali ganda, uli lagi dan bentukkan doh menjadi bulat dan lubangkan di tengah2 macam buat donut. Kemudian letakkan di atas loyang yang telah ditabur dgn tepung dan tutup dengan kain lembab untuk dibiarkan naik untuk kali kedua. Sementara itu panaskan oven pada suhu 200c/gas 6 . Sementara itu panasakan air dalam periuk dan kemudian masak bagels tadi dalam air selama 1 mins. Setelah itu biarkan sejuk lebih kurang 5mins.
Sapu bagels dengan telor yang telah dipukul. Bakar selama lebih kurang 20-25 mins atau sampai kekuningan. *** Bagels yang telah disapu dengan telor boleh juga ditaburkan dengan biji poppy atau bijan sebelum dibakar.

4 comments:

Mat Gebu said...

Pinggan dia tu...amboi bukan main lawa....berkenan pulak pakcik tgk......

princessharyati said...

u ni CMG mmg artlah ada darah seni gitu.. sebenarkan pinggan tu murah n sebenakan ada 1 rahsia tak mau bgtaw hehehehhe...

Mat Gebu said...

haa, murah?....eh u beli kat kedai RM2 ke?....hahah kat M'sia nie tau jelah kedai RM2 lah, kedai RM2 ke atas laa...

princessharyati said...

kat mall tapi murah.. dirham 12.00 hand made lagi..