Thursday, March 26, 2009

THAI GREEN CURRY (CHICKEN)



sedap di makan bersama nasi panas-panas...

rasa macam jakun bila ternampak terung pipit kat finland ni.. wahhh sungguh jakunyer... hehehhe jangan tak sangka terung pipit boleh terbang sampai ke sini..

THAI GREEN CURRY (CHICKEN)

Bahan-bahan

isi ayam di potong kecil-kecil di goreng terlebih dahulu
pes kari hijau ready made punya
santan

bawang merah di mayang halus
bawang putih di mayang halus
halia di mayang halus
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga

sos ikan
limau purut
gula melaka
serai diketuk
lada hitam

tepung bulat hijau di bakar sedikit
terung pipit
daun selasih

Cara-caranya;

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan halia, goreng sehingga wangi, masukkan pes kari hijau serta serai goreng sehingga garing, masukkan air dan santan. Kacau,masukkan pula ayam, terung pipit, terung bulat (yatt belah dua je), sos ikan, limau purut, gula melaka. akhir sekali masukkan daun selasih dan lada hitam.

5 comments:

ain said...

I pun x sangka yatt. Mula2 tengok gambar, mcm terung pipit, tp x kan le boleh sampai ke finland. Rezeki you le jumpa terung pipit.

Suzi said...

sungguh bertuah tu dpt jumpa terung pipit...tak pernah lagi masak green curry...

Anawahid said...

semua org dh buat kari ni...huwaaaaaaa... jelesss... kari ijau pon tadak!!!!

princessharyati said...

ain- ikut luck ain, kekdg ada tu rembat terus tak pikir2 lagi simpan dalam tempat ais tahan lama.


suzi- u should try if u like thailand food, really taste beb.

ana- hang buat kari version kelin mari resepi taya kat jiya haa.a..

Unknown said...

salam yatt

mak aihhh terung pipit terbang p sana nooooo... takdak singgah Dubai pun???.. he mau kena rembat kalau jumpa..sedap kalau wat sambal tumis tempoyak yatt... iskk masak apapun sedapppp...