Inti karipap by nonaharyati;
Bahan-bahan;
3 biji kentang ( di poting dadu kecil kecil)
3 ketul daging medium saiz (yang dikisar halus)
3 1/2 sudu besar serbuk kari daging
1 cawan air
1 tangkai daun sup ( dihiris halus-halus)
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Lada sulah (optional kalu nak letak)
Bahan yang dikisar (Blend);
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
Cara-cara;
Campurkan serbuk kari dengan sedikit air, gaul sehingga sebati, kemudian campurkan bahan bahan di kisar ke dalamnya. Panaskan sedikit (3 sudu besar) minyak, tumiskan bahan bahan yang telah di campurkan sekali. Kacau. Letak daging cincang , kacau sehingga rempah masak (naik minyak). Kemudian masukkan kentang yang telah di potong bersama 1 cawan air, sedikit lada sulah dan secubit garam. Setelah air tinggal sedikit, masukkan daun sup , kacau sehingga rata kemudian tunggu sehingga kuah itu kering. Angkat. Tunggu sehingga sejuk, bolehlah buat inti karipap. *Jika kentang keras tambahkan sedikit air.
0 comments:
Post a Comment