Thursday, March 22, 2007

LAPIS ROTI BERDAGING





Lapis roti berdaging by nonaharyati
Bahan-bahan;

3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara;

Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam.
Satukan Susu+telor+secubit garam Pukul susu+telor+garam hingga sebati.
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.
Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan
1/3 bahagian roti yang telah di ramas Kemudian letakkan separuh
daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti .
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih
bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins
atau sampai lidi tak lekat Boleh dihidangkan semasa panas
dan potong ikut suka.
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

p/s;sumber,myresepi.com dr umi_e

0 comments: