Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Tuesday, August 18, 2009

BBQ RIBS

buat semalam. gambar tak cantik ... but so delicious!






Sunday, July 5, 2009

DAGING KARI SUMMER



bulan ni yatt banyak makan yang berlemak-lemak ....uhuuuhhhhhuuu.. makan puas-puas nanti bulan depan dah start bulan ramadan....
apa???? puasa ...
ye tak lama lagi kita akan berpuasa insya Allah sama-samlah kita meraikan bulan yang mulia tu.

daging berlemak-lemak (kolekstrol sendiri mau ingat lepas makan check darah)
rempah kari daging
daun kari
bawang merah
bawang putih
halia
buah pala
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
santan
garam

Tuesday, June 16, 2009

STEW LAMB



bakar dulu than baru masak balik, result ye.. daging lamb lembut tak terkira ... rasa sedap sampai ke tulang..
lamb basuh dgn tepung dan limau pastu sejat
-10 ketul daging kambing
campurkan,
lamb
2 biji tomato belah 4
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
cili kering di blend
gula perang
carrot
halia(lada hitam kalu nak pedas)
bungkus lamb dlm aluminium buat mcm beg pastu bakar 200'c selama 45 minit
dlm periuk letak minyak, tumis bawang merah , halia n bwang putih, masukkan air dan kiub pati ayam, lepas mendidih masukkan lamb bersama jus dlm tu, letak garam, last bancuh 2 sudu besar tepung dgn air sikit masukkan dlm periuk, agak2 15 minit tutup api. siap

Tuesday, June 9, 2009

MY SUP TULANG



my sup tulang.. seronok dapat makan sup tulang ni.. wahh yatt masak seperiuk puas ye makan .. wahh lepas ni kolestrol sendiri mau ingat!!! tulang daging ini import dari helsinki taw, my friend siti belikan...wahh terima kasih siti bebanyak siti tanpa mu yatt tak dapat lah merasa sup tulang ini ..

ppsssttt; semua mesti korang tak percaya ini, siti (cek de sam) ini mewakili duta malaysia di finland , percaya tak? dia ini adalah orang golongan koprat atasan yang baik hati, very humble tu menjadi one of my best friends? .. ialah berbanding diri i ni yang no status.. surirumah tangga je.. cepat pi serbu fotopage cek de sam..kikikii

Friday, January 30, 2009

LAMB STEAK MEDIUM RARE



yatt rasa semua orang dah tahu nak buat lamb ni... tapi yatt ada cara yer tersendiri heheh... daging ni rasa lembut di makan.

LAMB STEAK MEDIUM RARE

Bahan-bahan;

2 ketul lamb
1/2 sudu besar beef steak pepper
1 sudu besar louisiana cajun
1/2 sudu besar paprika
1/2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk koko
1 sudu kecil rosemary
olive oil



Cara-caranya;

Lumurkan semua bahan-bahan rempah pada lamb steak. Masukan daging lamb di dalam aluminium foil (buat macam poket beg) dan letakkan 2 sudu besar olive oil than lipat di bahagian atas aluminium foil tu dah jadi mcm bungkusan. Panaskan oven 180'C, after 10 minit masukkan di dalam oven, masak selama 30 minit. Angkat dan hidang bersama sos kegemaran u all. This one really secret resepi the best ever..

Tuesday, December 16, 2008

DAGING KAMBING MASAK GULAI NANGKA



NANGKA!!!!NANGKA!! YAHOOO.. NANGKA...

Jangan silap nangka ni bukan daripada kotak postto dari malaysia tu taw...
Jangan tak tau kat finland ni pun ada kedai asian food.. iskkksss kalu tekak melayu ..tu melayu gak kan....Wahhh bagaikan tak percaya dan teramat lah gembiranya....yatt n hus pi tampere last week, perjalanan mengambil masa 2 jam dari rauma menaiki kereta , cari ayam n daging halal dan terus pi kedai asian food kebanyakkan barangan dari thailand biasalah.... tapi baguslah macam-macam ada.. tauhu, taugeh, ikan merah, bihun, tepung beras, tepung jagung, terung pipit, serai, daun pandan, cili api, rebung, nangka...etc...bla-bla....
tahu pasal kedai asian food tu dari kawan hus yang dah lama duk kat dengan bandar tampare tu...

wah.. tiap2 minggu boleh lah berulang alik pi kedai asian food tu ... siap ari tu cakap kap kun kap kat casher kedai tu terus dapat calender 2009 for free hahahaaa... oklah... tak lama lagi dah nak masuk tahun lain kan nampaknyer naik lagi lah umor yatt adoouuhhh,....

DAGING MASAK GULAI NANGKA

Bahan-bahan;

daging kambing
nangka di rebus dahulu sehingga lembut
rempah kari daging
bawang merah di mayang halus
bawang putih di mayang halus
halia di mayang halus
bunga lawang
bunga cengkih
kulit kayu manis
daun kari
santan
garam

Cara-caranya;

Panaskan minyak di dalam periuk masukkan daun kari dan rempah tumis serta bawang merah, putih dan halia, goreng sehingga kuing emasan, masukan rempah kari daging dan sedikit air gaul dan letakkan daging kambing biarkan seketika sehingga daging hempuk. Kemudian masukkan nangka dan akhir sekali masukkan santan , garam, kacau seketika sehingga semua nya sebati. Siap.

Thursday, December 11, 2008

KOBIS GULUNG


Ini adalah resepi yang di ambil di Myresepi di sediakan oleh Hani-Ringgo. Memang sedap. Hus i kata tak pedas .... lain kali yatt nak try buat sambal pedas ala-ala masakan melayu boleh ke?...
Terima kasih kerana resepi yang sedap nii..

KOBIS GULUNG

Bahan-bahan ( 6 ketul )

1 biji kobis
1 tin tomato (400gm) + 1/2 tin air
1/2 kiub ayam knorr
basil flake (optional)
1 ulas bawang putih
2 sb olive oil
3sb tomato puree
gula, garam, lada sulah secukup rasa.

--untuk inti daging--

@100gm daging kisar
@1 labu bawang besar(slice or dice ikut suka)
@1 biji telur
@1/2 sk garam
@sedikit lada sulah

Cara-cara ;

Didihkan air dalam periuk yang besar yang muat kobis.
Potong keliling tangkai kobis dengan pisau. Cucuk dengan garpu besar pada pangkal kobis dan celur dalam air yang mendidih sekejap.

Angkat dari air, rendam dalam air sejuk dan tarik satu lapis daun kobis. Ulang beberapa kali proses yang sama supaya dapat 6 keping daun kobis.
Kalau urat ditengah daun besar dan keras, hiris buang supaya jadi nipis. Nanti senang nak balut inti. Lap dengan paper towel dan letak tepi.

Dalam mangkuk, campur daging, garam, lada sulah dan telur. gaul rata. masukkan bawang besar dan gaul lagi. Bahagikan inti kepada 6 bahagian, letak atas daun kobis dan balut macam balut popia.

Cucuk dengan toothpick atau lidi supaya tidak terbuka nanti macam dalam gambar.
Ketuk bawang putih dengan pisau dan cincang halus. Masukkan dalam kuali bersama olive oil dan panaskan. Bila dah naik bau, masukkan tomato, tomato puree, air dan kiub ayam. masukkan roll kobis dan renihkan selama 15 minit.
Masukkan gula, garam dan lada sulah ikut selera. jika suka tabur basil flake(klu ada fresh lagi sedap), kacau dan tutup api.
Inti boleh tambah benda lain jika suka. (hampas kacang soya) & hijiki(seaweed hitam).

#!!# Jangan lupa cabut lidi semasa menghidang. :)

Wednesday, May 14, 2008

REBUNG MASAK LEMAK CILI API


rebung ...rebung..rebung lagi... hehehhe...mudah tapi sedap

REBUNG MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan;

rebung
daging
pati santan
serai
daun kunyit
halia
garam
asam keping

bahan kisar;

cili api
bawang merah
kunyit

Cara-caranya;

Masukkan bahan yang di kisar bersama santan, serai yang di titik, daun kunyit , halia dan daging di dalam periuk, kacau perlahan-lahan sehingga daging lembut masukkan rebung , garam dan asam keping, masak sehingga rebung lembut kemudian angkat. Siap.

Monday, May 5, 2008

KARI REBUNG DENGAN TULANG DAGING



untuk orang dubai; rebung boleh di dpati di indonesia food stuff di abu dhabi dalam botol.

KARI REBUNG DENGAN TULANG DAGING

Bahan-bahan;

rebung di hiris seperti dlm gambar
tulang daging di potong kecil
serbuk kari daging
bawang merah di hiris
bawang putih di hiris
halia di hiris
pati santan
cili besar di potong 2
asam keping

bahan tumis;

daun kari
bunga lawang
buah pala
kulit kayu manis
bunga cengkih
garam

Cara-caranya;

Tumis bahan tumis dengan sedikit minyak sehingga naik wangi kemudian masukkan serbuk kari, masak sampai garing masukkan sedikit air , tulang daging. Biarkan masak seketika. Kemudian masukkan pati santan, garam , asam keping dan rebung. akhir sekali masukkan cili besar yg di belah 2, masak sehingga kuah pekat sedikit.

Thursday, February 21, 2008

KERUTUP HATI LEMBU


masakan orang kelantan...sedap2... ni kalu nak makan dengan roti pun sedap...

KERUTUB HATI LEMBU

Bahan - bahan;

1/2 kilo hati lembu (di hiris sedang)
1 1/2 sudu besar rempah kerutub

Bahan mesin ;

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
halia
lengkuas

cili kering (ikut kepedasan)
sedikit air asam jawa
1 keping asam keping
gula, garam
ajinamoto secukup rasa
minyak utk menumis
air secukupnya

Cara -caranya:

Tumiskan bahan2 yg dimesin. biarkan ia pecah minyak. masukkan rempah kerutub dan biarkan ia garing sedikit. masukkan hati dan biarkan sebenar masak di dalam periuk tadi. biarkan sebentar dan masukkan air secukupnya utk kuah dan juga air asam. kalau boleh biar pekat sedikit. Akhir, masukkan garam, gula dan ajinamoto secukupnya
p/s : kalau nak pedas sedikit tambahkan cili padi.

Tuesday, February 19, 2008

GULAI BAGAR


Gambar tak cantik sangat sebab ambil di waktu malam di bawah sinaran bulan purnama..eehhh dengan camera yang murah.....hehehhe.....resepi asli dari orang minang .. terima kasih Juanita kerana sudi kongsi resepi ni dengan i.. dia ni kan kalu sembang dengan dia semua tak tau , tak reti masaklah ,.. apalah tapi.. orang yang selalu cakap macam tuler yang teror masak tau.. ni dia yang bagi resepi.. dia kata dia tengok mak dia tengah masak.. hafal2 macam tu katanya... ialah ju...apa2 jek .. yang penting semalam i try masak gulai bagar tu...memang kene dengan tekak ni..sedaplah .. mkn dengan nasi lemak semalam tambah 2 kali.. sedap...5 star.. i bagi.. lumayan sangat rasanya... nanti bagi2lah resepi kat i ni ju.. minta mak turunkan ilmu banyak2...satu lagi lupa nak cete.. juanita ni kan teror ambil gambar kalu nak tgk hasil photo dia pi ler kat web site dia... mana nak tau u all nak tangkap gambar kawen ke, gambar family ke..apa2 gambar pun boleh,..bagi jek tau kat dia ni..http://sricandid.fotopages.com/

GULAI BAGAR

Bahan-bahan;

Bahan tumis;

bunga lawang
kayu manis
bunga cengkih
buah pelaga
bawang putih dikisar
bawang merah di kisar

bahan lain;

daging batang pinang
kentang belah 4
serai
daun limau purut
cili kering di kisar
asam keping
gula
garam

Cara-caranya;

Tumis bahan tumis di dalam periuk sehingga naik bau masukkan cili kering, kacau sehingga cili tu betul garing dan masak (naik minyak), masukkan daging dan sedikit air, masak sehingga daging lembut masukkan kentang bila, kuah tadi agak pekat, kemudian masukkan serai yang telah di titik, satu gelas air, asam keping dan daun limau purut serta gula dan garam. Masak sehingga mendidih dan angkat.

Saturday, February 2, 2008

RENDANG HATI LEMBU



hehehhehe... enak2.. thanks for this resepi.. k.pah... buka blog k.pah belek punya belek..ambik resepi ayam rendang pedas tapi i ada hati lembu so guna hati tu masak rendang ... enak2..nyum2...

RENDANG HATI LEMBU

Bahan-bahan:

500gm hati lembu,
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3-5 sudu besar cili boh (cili kering yg telah diblender)
2 inci lengkuas
4 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 helai daun kunyit
400ml santan pekat (sebiji kelapa)
Sedikit kiub pati ayam maggi
Garam, & gula

Cara-cara membuatnya:

Potong ahati lembu ikut suka. Semua bahan-bahan seperti bawang merah & putih, lengkuas, halia, serai dikisar. Ketumbar, jintan putih & manis dikisar kering. Daun kunyit dihiris halus.Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kerisik. Masukkan ayam, biar airnya agak kering sedikit. Selepas itu masukkan santan pekat. Kecilkan api dan balik-balikkan ayam sekerap yg mungkin (takut hangus dibawahnya). Bila agak separuh masak, baru masukkan daun kunyit. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan gula.Tunggu sehingga kuah pekat dan empuk.

Boleh dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang atau ketupat atau pulut kuning.

Monday, December 10, 2007

KARI EKOR


Selalunya orang masak sup ekor kan.. kali ini.. yat masak kari ekor.. hhaaa.. terangkat beb... jangan makan selalu.. nanti boleh tambah otot2 yang sedia ada hehehhehe....

KARI EKOR

Bahan-bahan;

ekor lembu ( tulang lembu pun boleh)
terung bulat di belah 4
kentang di belah 4
serbuk kari daging
santan
asam keping

bahan tumis;

Sedikit bunga lawang dan cengkih
kulit kayu manis
buah pelaga
Sedikit daun kari yang di kisar halus
bawang besar dimayang halus

bawang putih di mayang halus
halia di mayang halus
cili kering di potong kasar

sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak

Cara-cara ;

Panaskan minyak masukan daun kari. Masak 1-2 minit. Kemudian masukan rempah kari.Letakkan sedikit air. Kacau sehingga naik minyak. Setelah rempah tadi garing masukkan sedikit air dan ekor lembu. Masak 15-20 minit. Masukan santan dan kentang ,masak dgn api perlahan. Tunggu sehingga kentang lembut kemudian masukan terung, asam keping, serbuk perasa dan sedikit garam. Di kuali yang lain goreng bahan-bahan tumis sehingga garing dgn minyak yang sedikit kemudian masukan kesemua bahan tadi bersama minyak ke atas kari yang telah dimasak itu tadi. Siap untuk di santap.

Friday, September 28, 2007

SUP DAGING CINCANG


alang kepalang buat sup..daging ni.. i sediakan mee basah dan bahan-bahan lain untuk mee sup yang ringkas.. 2 dalam satu senang kan.

SUP DAGING CINCANG

Bahan-bahan;

Daging yang di rebus dah di potong halus
ubi kentang di potong 4
daun bawang
daun sup
saderi

rempah kurma
kiub ayam

bahan blend;

jintan manis
jintan putih
lada hitam

bahan tumis;

bawang merah (di mayang halus)
bawang putih (dimayang halus)
bunga cengkeh
bunga lawang
kulit kayu manis

Cara-cara;

Ambil rebusan daging tadi masukkan bahan-bahan blend, rempah kurma, daging yang di cincang dan ubi kentang. Rebus sehingga masak kemudian di dalam pan tumis kan bahan tumis dengan sedikit minyak, masak sehingga naik bau dan masukkan ke dalam periuk rebusan daging tadi, masukkan garam, daun sup, saderi dan daun sup. Siap.


MEE SUP RINGKAS


Ambil daging dan kuah sup sahaja , hidang dengan bawang goreng, tauhu goreng, sambal kicap dan kalu ada jeruk asin lagi sedap.

Saturday, September 15, 2007

BEEF STEAK FRIED


Simple but nice..

BEEF STEAK FRIED

Bahan-bahan;

Daging
Serbuk cajun
pepper steak

Kacang panjang
Bawang merah
Halia
sos tiram
olive oil

Cara-cara;

Daging di perap dengan serbuk cajun dan pepper selama setengah jam. Kemudian di dalam kuali letakkan sedikit olive oil dan masukkan daging tadi. Terbalik balik kannya selama 10 minit (half done/medium ray). Angkat dan potong daging tadi, di dalam kuali yang sama tadi masukan bawang merah , halia goreng sedikit dan masukan sos tiram serta daging tadi dan kacang panjang , goreng seketika dan angkat.

Sunday, September 2, 2007

DAGING GORENG RAGUP


DAGING GORENG RAGUP

Masak ni makan dengan ikan pindang, memang padanlah ... pastu ada sambal belancan. Meletop u!!!
Senang dan mudah nak sedia kan.

Bahan -bahan;

Daging
garam
kunyit

Cara-caranya;

Daging di rebus sehingga lembut, selepas itu potong nipis-nipis. Gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam. Pastikan minyak penuh dan panas bila nak goreng daging ni. sekian...

Tuesday, May 29, 2007

KURMA DAGING

Friday, April 13, 2007

OSSO BUCU

Osso bucu by nonaharyati

Bahan-bahan ( 4 orang makan );

2 - 3 tablespoon olive oil

1 kg lembu bahagian rib
tepung gandum
1 biji karot, dipotong dadu
1 biji bawah merah, dipoting dadu
2 sudu besar tomato pes
3 cawan air rebusan ayam
1 sudu kecil daun oregano kering
1 atau 2 helai daun bay kering
parutan kulit buah oren (optional)
2 sudu besar daun parsley yg dipotong (tambah extra untuk hiasan)
garam secukup rasa
serbuk lada hitam secukup rasa

Cara-cara;

Panaskan oven pada suhu 190 darjah Celcius. Di dalam sebiji mangkuk, gaulkan tepung gandum dgn garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Salutkan bahagian rib lembu tadi dgn tepung yg telah digaul. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hujung kaki anak lembu itu hingga warna kekuningan.. tak perlu masak sgt sbb nant inak masak dalam oven lagi.. bila dah siap goreng, pindahkan ke dalam bekas untuk dimasukkan ke dalam oven. Kemudian, tumis kan bawang merah tadi sebentar dan masukkan karot, masak sehingga bawang menjadi lembut. Masukkan tomato pes dan teruskan memasak selama 1 minit.
Tambahkan air rebusan ayam, daun oregano, daun bay, parutan kulit oren, garam dan serbuk lada hitam ke dalam kuali.. Teruskan memasak sehingga mendidih.. Kemudian, tutup api dan tuang kuah itu ke dalam bekas yg mengandungi rib lembu tadi. Tutup bekas dengan aluminium foil dan bakar selama 75 minit sehingga rib lembu menjdi agak empuk.Kemudian, tambahkan daun parsley dan bakar tanpa aluminium foil selama 15-20 minit lagi sehingga rib lembu lebih empuk dan kuah agak pekat.. Akhir sekali, hiaslah hidangan anda dgn lebihan daun parsley tadi.

p/s;sumber dr myrecepi.com

DAGING MASAK HITAM (NASI KANDAR)


Daging masak hitam (Nasi kandar) by nonaharyati

Bahan-bahan;

1 kg daging

untuk di blend;

30 biji cili kering
1 sudu serbuk jintan putih
1 in halia
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 sudu besar biji ketumbar

10 biji bawang besar
2 batang serai
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
1/4 cawan tomato pure
1/4 cawan kicap manis
1/2 cawan minyak masak
3 biji tomato dihiris
asam jawa
garam
sebiji @ 2 biji rempah tumis
kulit kayu manis,
bunga lawang,
pelaga,
cengkih

daun pudina (optional)
daun ketumbar (optional)

Cara-cara ;

Daging potong sederhana besar. Ambil bawang kecil, bawang putih halia di kisar , bawang besar dikisar berasingan , cili direbus dan goreng dengan sedikit minyak bersama biji ketumbar juga di kisar. Gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis , panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk, daun kari dan daun pandan , masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap , apabila separuh masak masukan tomato buah dan tomato pure. Kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk , apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina / daun ketumbar. Siap untuk di santap.

HATI MASAK REMPAH (JINTAN)


Hati masak rempah(jintan) by nonaharyati

Bahan-bahan ( 4-5 orang );

1/2 hati lembu di potong kecil (hati ayam pun boleh gunakan resepi ini)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan untuk di blender;

1 batang serai di potong kecil-kecil
1 sudu jintan manis dan jintan putih
Sedikit biji ketumbar
sedikit lada hitam
1/2 halia
2 ulas bawang merah
3 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah kari daging (optional kalu suka)
1 asam keping
1 kulit kayu manis
1 biji cili hijau
Sedikit daun kari
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto

Cara-cara;

Potong hati lembu sebesar ibu cari dan rendam dalam air bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan. Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan kemudian masukan kulit kayu manis dan bahan dikisar bersama rempah kurma dan rempah kari daging , masak hingga naik minyak (garing). Kemudian tambah sedikit air dan masukan hati lembu tadi masak sehingga 3minit. Letak asam keping, cili hijau serta garam dan serbuk perasa. Siap untuk di santap.
Peringatan :Hati lembu/ ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama di masak.