Showing posts with label SOS/SAMBAL. Show all posts
Showing posts with label SOS/SAMBAL. Show all posts

Friday, May 15, 2009

SAMBAL BELACAN CITRUS



sambal belacan yatt version internasional punya!!!

SAMBAL BELACAN CITRUS

cili besar merah
cili api
belacan
garam
gula
buah lemon (ambil air dan isi ye sekali)

blend semuanye.

Tuesday, February 10, 2009

SAMBAL TELUR PUYUH



SAMBAI TELUR PUYUH

Bahan-bahan;

telur puyuh yang telah di rebus
kacang panjang di potong serong
sedikit air asam jawa atau asam keping
sedikit garam
gula

Bahan untuk dikisar;

cili kering
bawang merah besar
bawang putih
Sedikit belacan

Cara-cara;

Panaskan minyak, masukkan bahan dikisar, kacau sehingga garing dan naik minyak. Kemudian masukkan sedikit air. Tunggu sampai mendidih, masukkan telur. Kemudian letakan kacang panjang, garam dan gula . Lebih kurang 2 minit masukkan air asam jawa. Siap untuk di hidang.

Thursday, January 22, 2009

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS



ini resepi nor tahun lepas dia yang bagi...yatt buat lagi tapi kali ini yatt goreng dulu ikan bilis ... lauk untuk membuka selera makan.

SAMBAI TEMPOYAK IKAN BILIS

Bahan-bahannya;

1 cawan ikan bilis di goreng terlebih dahulu
4 sudu besar tempoyak
3 biji cili merah di blend
3 biji cili api merah di blend
belacan
garam
gula

Cara-caranya;

Masukkan sedikit minyak sahaja tumis cili besar, cili api, belacan sehingga masak, masukkan ikan bilis, masak seketika, masukkan tempoyak garam dan gula, terus angkat. siap, boleh prepare banyak2 boleh di simpan lama2 di dalam peti ais

Sunday, January 18, 2009

JEM SEKAYA (SERIKAYA)


jem sekaya homemake .. tau yang mana betul ada orang panggil serikaya ada lak sekaya ....first time buat sekaya ni menjadi lah ..heee sedap giler makan dengan roti geboss... hee.. kat sini pun memang takde jem sekaya ni..anak and hus yatt suka giler makan jem ini sampai menjilat jari ..heee.. tapi yatt ni suka lagi makan strawberry jem...

SERIKAYA


Bahan-bahan ;


6 butir telur
3 cawan santan kelapa
450g gula
2 sudu besar tepung gandum


Cara-caranya;


Pukul telur dengan 150g gula hingga kembang.Masukkan santan kelapa dan tepung. Kacau rata. Jadikan gula hangus dengan 300g gula. Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur dan masakkan di atas api yang sederhana sehingga masak. Masakkan selama lebih kurang 40-30 minit.

Tuesday, December 9, 2008

AIR ASAM DAN DAGING REBUS


Haaaa raya kat sini yatt n family pekena air asam ni.. takde rendang takde ketupat takde lemang takde kuah kacang.. hanya nasi putih semata-mata....OOoooo sedihhh...

AIR ASAM DAN DAGING REBUS

Bahan-bahan;

Daging rebus dan di hiris nipis-nipis

Bahan-bahan untuk air asam;

cili api yang di potong kecil
cili besar merah yang di potong kecil
bawang merah yang di hiris nipis
air asam jawa
belacan yang di bakar
garam
sedikit perahan lemon

Cara-caranya;

Gaul air asam dengan air masak, perah ambil patinya kemudian letakkan di dalam mangkuk asukkan belacan serta garam dan gaul sehingga sebati, akhir sekali masukkan cili , bawang merah dan lemon. Siap.

Wednesday, June 11, 2008

LAKSA SARAWAK







Resepi asal dari k.pah (UK)(copy dan paste ajek) ... pes sarawak ini pun , dia yang bagi heee... lepas dapat terus buat.. sedaplah..tambah banyak kali....tak tau nak kata.... lepas ini balik malaysia nak masak pes dari k.dayang pulak...

LAKSA SARAWAK ISTIMEWA..

400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
2 bungkus Bihun
500gram udang basah
3 ketul dada ayam
500ml santan pekat (1 tin santan cream)
8 biji telur ayam
1 kiub pati ayam maggi
2 sudu besar sos tiram
Garam, gula & msg secukup rasa

BAHAN TAMBAHAN

500gram tauge
Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
Limau kasturi @ lemon

SAMBAL BELACAN

15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
Sedikit air perahan limau@lemon
Garam & gula

Cara-cara

Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau/lemon.

CARA2 MENGHIDANG LAKSA SARAWAK

Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.

Monday, May 26, 2008

SAMBAL COLEK PERANTAUAN


Sesuai untuk ibu -ibu yang tengah mengandung serta pada kaum-kaum adam dan hawa yang minat bab-bab cicah mencicah ni dengan di saljian pelbagai buah-buahan...heeeeeeeeeeee.......simple dan sedap bahan mudah di dapati sesuai orang-orang yang duduk di perantauan.. sedap tak caya trylah

SAMBAL COLEK PERANTAUAN

Bahan-bahannya;

cili api
belacan
gula
kicap
sos cili
asam jawa

buah-buahan;

betik muda
mangga muda
nenas sedang-sedang masak
timun
kedondong
jambu

Cara-cara;

Campurkan semua di dalam mangkuk dan sajikan dengan buah-buahan seperti betik muda, mangga muda, kendondong, timun, nenas dan lain-lain

Monday, April 28, 2008

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS






Resepi asli daripada orang Perak.. Tengok fotopages kawan yat yang duk dubai gak..amboi tak tahan tengok fotopages dia terus minta respi.. waaahhh sedaplah sambai ni.. 5 star bagi.. kekawan semua kene coba..kalu tak coba rugi oOooo yat tambah nasi 4 kali ooooOo semalam sampai tak leh bangun dari kerusi tu kene duk bertapa..sampai semua turun dalam perut..wahhhh best2 sesapa nak tengok fotopages kawan yat , link dia kat akhir tu..... gambar dia mengancam habis buat orang mengidam.. aduhh macam nilah kalu dah jadi mak labu...nor

SAMBAI TEMPOYAK IKAN BILIS

Bahan-bahannya;

1 cawan ikan bilis
4 sudu besar tempoyak
1 ulas bawang merah kecil di blend kasar
3 biji cili merah di blend kasar
3 biji cili api merah di blend kasar (yat buh nak bg power skit rasanyer)
1 serai di titik
1 helai daun kunyit di koyak koyak
garam
gula

Cara-caranya;

Masukkan sedikit minyak sahaja tumis cili besar, cili api, bawang merah serai sehingga masak, masukkan ikan bilis, daun kunyit, masak seketika, masukkan tempoyak garam dan gula, angkat. siap, boleh prepare banyak2 boleh di simpan lama2 di dalam peti ais,

Tuesday, March 11, 2008

SAMBAI BELACAN MANGGA UTARA




Ini pakai mangga dah masak ranum.. resepi mak sedap ni..
info : belacan madu import dr perlis. Mangga tu beli kat lulu -mangga india.

SAMBAI BELACAN MANGGA UTARA SPECIAL!

Bahan-bahan

Cili merah besar
cili padi
asam jawa
belacan madu bakar
garam
gula
mangga masak ranum

Cara-caranya;

Buat macam sambai belacan lain. Mangga tu di hiris halus dan gaul di dalma sambai belacan tu.

Tuesday, February 26, 2008

KERABU PERUT




Resepi ini dari blog kawan yat- jo... memang sedap...puas makan..
info: untuk orang Dubai- Peut boleh dapati di Lulu supermarket.
KERABU PERUT

Bahan-bahan:

400 gm perut lembu

bahan giling:

1 tbs kelapa kering
3 ulas bawang merah
5 biji cili
1 biji cili merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 ulas bawang putih
1/2 tsp belacan

bahan sos:

5 tbsp santan
3 tbs air asam jawa
2 tbs kerisik
lime dan garam

others:

1 biji bawang besar
serai
tauge

Monday, February 11, 2008

ROJAK BUAH POWER


Haa... rasakan... memang superr... sedap 2 mangkuk habiss.. licin...

ROJAK BUAH

Bahan-bahan kuah;

15 biji cili api
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang (otak udang)
1 cawan kicap
3 s/b gula

*1 s/b bijan goreng tanpa minyak
*1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar

mangga muda
timun
epal hijau
nenas
jambu batu
jambu air
sengkuang
betik muda

Cara- caranya;

Blend semua cili, belacan dan asam jawa. Masukkan bahan blend dan semua di atas, masakkan sebentar. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan. Kuah rojak ni boleh disimpan lama..

Saturday, February 2, 2008

RENDANG HATI LEMBU



hehehhehe... enak2.. thanks for this resepi.. k.pah... buka blog k.pah belek punya belek..ambik resepi ayam rendang pedas tapi i ada hati lembu so guna hati tu masak rendang ... enak2..nyum2...

RENDANG HATI LEMBU

Bahan-bahan:

500gm hati lembu,
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3-5 sudu besar cili boh (cili kering yg telah diblender)
2 inci lengkuas
4 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 helai daun kunyit
400ml santan pekat (sebiji kelapa)
Sedikit kiub pati ayam maggi
Garam, & gula

Cara-cara membuatnya:

Potong ahati lembu ikut suka. Semua bahan-bahan seperti bawang merah & putih, lengkuas, halia, serai dikisar. Ketumbar, jintan putih & manis dikisar kering. Daun kunyit dihiris halus.Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kerisik. Masukkan ayam, biar airnya agak kering sedikit. Selepas itu masukkan santan pekat. Kecilkan api dan balik-balikkan ayam sekerap yg mungkin (takut hangus dibawahnya). Bila agak separuh masak, baru masukkan daun kunyit. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan gula.Tunggu sehingga kuah pekat dan empuk.

Boleh dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang atau ketupat atau pulut kuning.

Wednesday, December 12, 2007

DONUTS AND CREAM CUSTARD




CUSTARD CREAM FILLING

Juadah untuk minum petang.. setelah penat.. hilang rasa penat bila menikmati donat yang gebu dr CMG.. thanks..

DONUTS

Bahan-Bahannya:-

280ml air
300 g tepung roti (high protein flour)
200 g tepung gandum (plain flour)
10 g garam
60 g gula halus
20 g susu tepung
1/2 camca besar baking powder3
1/2 camca teh instant yeast
2 kuning telur
50 g lemak sayur (shortening)

Bahan Hiasan:-

Gula halus
Coklat cair
Gula hiasan
Lemon curd/Cream custard

Cara membuatnya:-

Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (hingga naik 1 x ganda). KAEDAH LAIN:- Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.

Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bagi doh kepada 2 bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap donat dan alihkan ke dulang yg telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi. Goreng donat dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar4 - 5 biji saja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan atas paper towel. Donat yang siap digoreng boleh disalut dengan gula halus, dituang coklat, dibelah dan masukkan cream custard/lemon curd atau mangikut kreativiti masing2...



ambil dr Myresepi.. senang dan sedap.

CREAM CUSTARD

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml );

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula

200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara ;

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.

** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

Tuesday, December 11, 2007

ROJAK AYAM UTARA





ok.. geng geng.. dah ada resepi tu .. buat ler bila2 senang..

ROJAK AYAM UTARA

Bahan cucur udang

tepung gandum
udang basah
udang kering di blend
bawang merah di blend
daun kucai
garam
air untuk bancuh tepung
soda of bikarbonat

bancuh semua bahan-bahan di atas dan goreng.

Bahan kuah;

keledek sederhana besar (direbus hingga empuk) di belnd halus
kacang di goreng tanpa minyak dan di blend kasar
udang kering di belnd halus
air asam jawa
gula merah
gula pasir
garam
ajinamoto

di goreng tanpa minyak dan di belnd halus;

jintan manis
biji ketumbar
bawang merah
buah pelaga
cili boh (terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)
serai
halia
lengkuas

Tumis bahan yang di blend dengan sedikit minyak. Kacau sehingga bahan naik wangi (garing), masukkan keledek, udang kering, gula merah, gula pasir, garam, santan , kacang dan serbuk perasa. akhir sekali masukkan air asam jawa. Masak sehingga kuah pekat, angkat

Bahan lain;

kentang rebus
telur
tauhu
timun
sengkuang
kubis
ayam goreng

Monday, December 10, 2007

AYAQ ASAM




tak tertahan ooOOOoooo..tengok blog kak ummi buat ayaq asam... kak ummi panggil sambal tomato tapi yat panggil ni ayaq asam.. buat cecah daging rebus dan ikan bakar sedap ooOOOooo.. kalulah ada ulam.. uiks.. lagi meletop...

AYAQ ASAM

Bahan-bahan;

2 biji tomato - hiri nipis/dadu
2 biji cili merah - hiris nipis
4 biji cili padi - hiris nipis
1 labu bawang besar - hiris kecil nipis
1 inci belacan - bakar
1/4 cawan air asam jawa pekat
sedikit gula
sedikit garam

Cara -caranya;

Campur semua bahan yang dihiris, bancuh bersama air asam jawa dengan belacan (ditenyeh hancur). Masukkan gula dan garam..gaul rata. Siap untuk dicecah dengan daging rebus.

Saturday, December 1, 2007

IKAN TENGGIRI MASAK SAMBAL PADANG



Ikan tenggiri msak sambal Padang -indonesia. HEHEHEHH... dah ok.. masalah.. dah selesai.. walaupun buta IT.

Wednesday, September 26, 2007

SAMBAL BELACAN BILIS SPECIAL

Resepi Sambal belacan ini datang ye dari kawan i Juanita.. tadi dia suruh test buat... katanya dia suka sambal ni.. kalu korang nak tahu resultnya apa.. u all kene buat dulu.. memang best.! terangkat dan meletop! rugi kalu korang tak cuba tau.. cakap betul ni.. Ju terima kasih banyak-banyak.

SAMBAL BELACAN BILIS SPECIAL

Bahan-bahan;

Ikan bilis kecil di goreng
Bawang besar di mayang halus
Kicap manis

Bahan A;

Cili api
Cili merah
asam jawa
Bawang putih
bawang merah
belacan
garam
gula

Cara-cara;

Blend atau tumbuk bahan A. Masuukkan ke dalam mangkuk, campuran ikan bilis , bawang dan kicap manis atau kicap biasa. Gaul sehingga sebati. Masukkan sedikit air masak jika perlu. Siap.

Note: Jika tidak ada ikan bilis halus boleh gunakan ikan bilis biasa tapi perlu di tumbuk/kisar sedikit terlebih dahulu.

Tuesday, September 11, 2007

NASI IMPIT KUAH KACANG


Pinjam qall punya toy masa ambil gambar... 'thanks baby ummy'..."muahhhsszz"..
Nasi impit kuah kacang.. ari tu buat kuah kacang makan dengan tauhu sumbat.. pastu kuah tu ada lebih.. dalam stok almari ada nasi impit ..main rebus jek.. makna tak ye pagi ni je.. tambah sampai 2 pinggan.. #^%^*^&^% . 2 ari nak posa.. tak ingat... nanti time posa ni.. jadi kucing berak kapor jek...

NASI IMPIT KUAH KACANG

Bahan-bahan ;

300 g isi ayam (potong dadu)
200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
5 sudu gula merah/ gula melaka
2/3 cawan gula putih
garam
1 cawan air asam jawa
½ cawan santan pekat

Bahan-bahan tumis :-

2 batang serai
5 cm kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
¼ cawan minyak masak

Bahan-bahan kisar :-
(goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):

20 tangkai cili kering (yg ni i goreng dgn sikit minyak)
3 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
6 biji buah keras
1 cm belacan
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar

Cara-cara;

Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
Panaskan minyak,tumis serai hingga wangi, masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan isi ayam. Masak hingga ayam hampir masak dan airnya kering sedikit.
Masukkan gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika.
Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.
Siap untuk dihidang.

Monday, September 10, 2007

LONTONG BONDA KU



Cal my mam.. nak makan lontong punya pasal.. lontong ni..ada secret resepi tau.. i buat ni kene tumis dulu.. ikut my mum style...yang lain tu buat macam biasa...haa tambah 3 kali u..... trylah.. superrr! kalu dah try meh habang kat sini sedap atau tak?..

Monday, September 3, 2007

SAMBAL KERING


SAMBAL KERING TEMPE DAN IKAN BILIS

Dah siap-siap simpan buat juadah berbuka puasa ni... awalnya prepare kan.. silap-silap makan habis sebelum menjelang ramadan ni...
Bahan-bahan;
ikan bilis goreng
tempe goreng
asam keping
gula
Bahan di blend;
cili kering
belacan
bawang besar
Cara-cara;
Gorengkan bahan yang di blend bersama asam keping dan sedikit gula tadi sehingga kering, masukkan ikan bilis dan tempe goreng tadi gaul sehingga rata.