Showing posts with label FRUITS. Show all posts
Showing posts with label FRUITS. Show all posts

Friday, January 23, 2009

TERUNG GORENG CILI



TERUNG GORENG CILI

Bahan-bahan;

3 biji terung di belah 2
1/2 cawan ikan bilis kecil di goreng dahalu
1 keping asam keping

Bahan untuk dikisar;

2 biji cili merah
9 biji cili padi
1/2 inci belacan di bakar
1 biji bawang merah besar (saiz sedang)
garam
gula

Cara-cara;

Gaulkan terung dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng terung tersebut sehingga warna keemasan. Angkat terung itu. Kemudian, bolehlah goreng ikan bilis sehingga garing , angkat masukkan ke dalam mangkuk bersama terung yang siap di goreng tadi. Buangkan sedikit minyak didalam kuali yang sama masukkan bahan-bahan yang di kisar halus. Kacau hingga sebati. Masukkan suku air dan asam keping. Masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan terung, ikan bilis, sedikit gula dan garam, tutup api dapur. Siap untuk disantap bersama keluarga.

Monday, January 19, 2009

KEK PISANG ALA ENGLISH STYLE



citarasa yang sangat enak , kalu tak caya meh rasa kek yatt ni.. waahallhhh... hus i cakap kek ni paling sedap .. yatt pun suka sangat kek ni.. kek ni buat minum-minum petang hee... nyum nyummm

KEK PISANG ALA ENGLISH STYLE

Bahan-bahan;

180 gm tepung (yatt gunakan 90gm tepung gandum dan 90 gm tepung cake)
70 gm butter
2 biji pisang di lenyek ( besar satu jengkal jari, kalu pisang pendek tambah satu lg)
1 biji telur
3 sudu besar gula putih
2 besar gula perang
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu esen vanilla

sedikit pisang potong
serbuk kayu manis
sedikit gula pasir

Cara-caranya;

Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi, kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg. akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat . Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun kan pisang seperti gambar di atas dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Bakar selama 45 minit. Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong.

Friday, January 16, 2009

BREAD & BUTTER PUDDING


resepi copy dan tempek yek dari blog inahar. terima kasih yatt suka sagat cuma takde krismis kat umah ni dulu dok dubai bukan main banyak krismis. tapi sedap sangatlah habis gak makan dengan hubby malam tadi. thanks sesangat...

BREAD & BUTTER PUDDING

Bahan-bahan:

10 keping roti gardenia
500 ml susu uht@ fresh milk
300 ml whip@fresh cream
5 biji telur
100 gm gula castor
30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
50 gm raisins
sedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai)butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
esen vanilla

Cara-caranya;

Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 45-50 minit.(ikut oven masing2)

Tuesday, January 6, 2009

KEK BERISI BUAH


Malassss... tapi sedap sesuai untuk orang -orang yang pemalas seperti yatt dan sewaktu dengan yer.. lain kali boleh buat sendiri untuk base kek span tu...Yatt nampak base span kek kat kedai yang sedap dan murah pastu beli...

KEK BERISI BUAH

bahan-bahan;
kek span ready made
buah-buahan yang di sukai
honey
whipped cream

Cara-cara;

letak span kek atas pinggan letak buah-buahan seberapa banyak u all mahu tuang honet dan hiaskan whiiped cream sebanyak mana suka.. hee.. enjoy yek...

Wednesday, June 11, 2008

APAM PISANG 2008(guna gula pasir)



Kalu dulu yatt pernah buat apam pisang guna gula perang.. kali ini yatt buat pulak guna gula putih (gula pasir)... taraa............ sedap dan gebu.

APAM PISANG

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
(*digaul dan diayak)

2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula

4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate
*Secubit garam*
(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :-)

Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..

Monday, May 26, 2008

NASI TOMATO SIMPLE



kegemaran anakku haiqall.. anak yatt ini suka nasi yang ada rasa.. seperti nasi lemak, nasi tomato , nasi beraini dan sewaktu dengannyer.. so ari ni layan nasi tomato jek lah..

NASI TOMATO

bahan-bahan;

beras
tomato pure
susu cair
krismis
gula garam
minyak sapi
air (lebihkan sedikit dengan ukurukan beras)

bahan tumis;

bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bawang merah di blend
bawang putih di blend
halia di blend

Cara-caranya;

Panaskan minyak sapi, gorengkan bahan tu,is sehingga wangi masukkan tomato pure, krismis dan air, selepas mendidih masukkan beras, susu cair, garam dan gula. Masak sehingga nasi lembut. Siap.

Sunday, April 20, 2008

NANGKA MUDA MASAK LEMAK CILI API



hehheh.. dah dapat makan nangka..yeaahh yeahh dah dapat makan nangka muda..jangan jelius taw.

NANGKA MUDA MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan;

nangka muda di potong kecil
pati santan
ikan bilis
serai di titik
daun kunyit
asam keping
bawang merah dihiris kasar
garam

bahan di blend;

bawang merah
cili api
kunyit hidup
tauhu goreng

Cara-caranya;

Masukkan bahan yang di blend , serai, daun kunyit dan ikan bilis di dalam santan , kacau sehingga mendidih, masukkan nangka, bawang merah, asam keping dan garam, kacau kuah perlahan-lahan sehingga nangka masak, angkat. Hiaskan dengan taugu yang di goreng. Sedap.

Thursday, March 27, 2008

CAPSICUM, KENTANG, UDANG KERING


Wednesday, March 26, 2008

EGG PLANT STEAK





resepi asal dr rachel ray.. sedap untuk mereka yang sukakan sayuran dan makanan ala western.

Bahan-bahan;

terung besar panjang (dipotong ala2 steak)
tepung gandum
telur di pukul sedikit
plain bread crumbs
parmesan cheese (i guna kraft brand)
gouda grated (parutan cheese)
garam
lada hitam
daun ketumbar

Cara-caranya;

Letakkan tepung di satu piring(1). Telur yang dipukul dengan sedikit garam dan lada hitam di dalam piring lain(2). Plain bread crumbs campur dengan sedikit parmesan cheese dalam satu piring(3). So semua ada 3 piring. Panaskan minyak di dalam pan. Ambil terung yang telah di belah seperti gambar di atas, masukkan dalam piring 1, seterusnya ke- 2 dan akhirnya ke- 3 dan terus masak di dalam pan. Masak sehingga kekuningan dan angkat letak dalam dulang pembakar. Panaskan oven guna grill (panaskan bahagian atas oven sahaja). Taburan parutan cheese di atas terung tadi dan sedikit daun ketumbar, kemudian masukkan terung ke dalam oven (sekejap jek) , sehingga cheese di atas tepung tu cair , angkat, boleh di makan begitu sahaja atau dengan roti france atau spagetty.

KASTART PUDING BUAH




Resepi ini agak senang sangat... tapi yat tulis jugak untuk rujukan yat sendiri and to all my friend

KASTART PUDING BUAH

Bahan-bahannya;

Bahagian atas;

agar2 kering
gula
daun pandan
perasa rose
pewarna merah
buah-buahan dalam tin

Bahagian Bawah;

agar2 kering
tepung karstart
susu cair

Cara-caranya;

Rebus agar2 denagn air di dalam periuk besar sehingga mendidih. Tapis dan bahagi kepada 2. Periuk pertama, bancuh tepung kasart dan letak di dalam bersama susu cair masak seketika , tutup api. Masukkan ke dalam mangkuk, sejukan. Periuk ke dua, masukkan gula , daun pandan, perasa rose dan pewarna merah masak sehingga gula larut, tutup api dan teruskan masuk buah-buahan tin yang telah di potong kecil, sejukan seketika dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kasart tadi. , Sejukan dan hidangkan dalam keadaan sejuk. sedap.

Thursday, March 13, 2008

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK


Nanti nak masak lagi ..kali ni nak letak tempoyah..tempoyak tu ada dalam peti ais tapi lupa nak letak hari tu.. apa-apa hal sedop gak rasanyer.. habis.. rugi beli 1 jerkk. jantung pisang tu.yat sorang jek makan habiss... resepi ini copy dari blog uncle mat kulai.. terima kasih no..

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK

Bahan-Bahannya :-)

1 biji jantung pisang nipah
10 - 15 ekor udang sederhana besar (yat letak ikan bilis jek)
2 batang serai, dititik
1 camca besar tempoyak (optional)(yat lupa nak letak)
5 biji limau kasturi, perah jusnya (yat ganti dengan asam keping)
1 cawan pati santan

1 genggam cili padi (boleh kurangkan)*
2 inci kunyit hidup*1 camca teh garam*
(*ditumbuk hingga lumat)
Sedikit air

Cara membuatnya :-)

Kupas jantung pisang sampai jumpa bahagian cerah dan lembut. Belah 6 dan celur 3 minit, toskan. Bersihkan udang, lumur garam dan biar 10 minit, cuci kembali dan toskan.
Dalam belanga, masukkan udang, bahan2 tumbuk, tempoyak dan sedikit air (anggaran 3/4 cawan) gaul rata dan masukkan jantung, didihkan. Tuang pati santan dan masak hingga jantung pisang lembut.
Rasa dan jika kurang masin tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan masak sekejap. Boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat..

Tuesday, March 11, 2008

SERAWA PISANG


2 kali tambah....sedaplah..terima kasih bebanyak kepada kak pah kerana sudi kongsi resepi dengan yat.. gambar ni kali kedua panas.. masa time mula2 tu kuah lawa tak pecah lemak .. kali kedua ni leka..tapi salah sendiri.. apa2 pun memang lumayan rasanya...yat copy dan paste resepi dari blog kak pah..

info: Untuk orang dubai-pisang boleh di dapati di Careffour n lulu supermarket atau fishmarket di Deira

SERAWA PISANG

Bahan-bahan:

5-6 biji pisang (ikut suka jenis pisang apa)
50gram sagu (agak2 ler)
3 sudu besar gula apong (sejenis gula Sarawak, boleh ganti dgn gula melaka dsbnya)
2-3 sudu gula (kalau tak manis tambah lg)
1 tin santan pekat (400ml)
Air secukupnya
Secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara:

Masak santan pekat dalam periuk dengan menggunakan api yg perlahan. Tambah sedikit air jika terlalu pekat. Jgn biarkan santan menggelegak terlalu kuat sbb nanti pecah santan. Masukkan daun pandan, gula apong (gula melaka), gula & secubit garam. Pisang dipotong ikut suka (akak suka potong menyerong). Cuci sagu kemudian toskan. Tunggu hingga santan agak masak sedikit baru masukkan pisang. Biar sebentar.
Masukkan sagu & biar sagu masak baru tutup api.

Wednesday, March 5, 2008

TALAM UBI KAYU





Wajah talam yat tak berapa lawa.. agaknye tak pakai SKII kot..heheh.. tapi sedap.. sebelum ni tak berapa suka makan talam ni tetapi sejak dua menjak ni mengidam lak.. alhamdullilah dapat rasa syukur..kenyang..
TALAM UBI KAYU

Bahan-bahan;

Lapisan Bawah;

1 kilo ubi kayu -mesinkan dgn 1 cawan air. Tapiskan ubi tu.
2 cawan air
1 cawan gula merah -masak dan tapiskan
1 cawan gula pasir
daun pandan

Lapisan Atas

1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat -1 biji kelapa
1 s/k garam

Cara Memasak

Panaskan kukusan. Ubi kayu dibersihkan dan potong kecil. Masukkan dalam blender dan mesinkan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Buangkan air yg ditapiskan. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula. Sapukan sedikit minya didasar loyang supaya senang untuk memotong kueh ini. Masukkan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran 30 minit. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan. Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar. Kacau rata [jangan tinggalkan] dan tutup api. Bila lapisan bawah[adunan ubi] taelah masak, perlahankan api dan cakarkan permukaan adunan ubi tu. Tuangkan adunan lapisan atas dan kukuskan sekali lagi selama 20 minit. Tutup api dan sejukkan betul2 sebelum di potong dan hidangkan

Tuesday, March 4, 2008

PISANG MUDA MASAK LEMAK 08


Nanti bg resepi

Monday, February 11, 2008

ROJAK BUAH POWER


Haa... rasakan... memang superr... sedap 2 mangkuk habiss.. licin...

ROJAK BUAH

Bahan-bahan kuah;

15 biji cili api
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang (otak udang)
1 cawan kicap
3 s/b gula

*1 s/b bijan goreng tanpa minyak
*1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar

mangga muda
timun
epal hijau
nenas
jambu batu
jambu air
sengkuang
betik muda

Cara- caranya;

Blend semua cili, belacan dan asam jawa. Masukkan bahan blend dan semua di atas, masakkan sebentar. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan. Kuah rojak ni boleh disimpan lama..

Friday, December 7, 2007

PUDDING JELLY JAGUNG



nikmatilah pudding jelly jagung..ni sejuk2
Bahan-bahan ;

1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan jagung manis di blend
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair (fresh milk pun boleh guna)
1 cawan air panas
1 paket kecil serbuk gelatin perasa nenas

Cara-cara;

Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan. Bancuh serbuk gelatin dengan satu cawan air panas, sehingga larut tuangkan di atas kastad tadi letak bersama beberapa jagung manis di atasnya. Sejukkan. Siap

Monday, December 3, 2007

PUDING KASTARD JAGUNG


yat buat ni untuk makan petang ni.. sedap makan sejuk sejuk.. rujukan resepi dr myresepi..

PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan-bahan ;

1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair (fresh milk pun boleh guna)

Cara-cara;

Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan. Sejukkan. Siap.

Friday, November 23, 2007

APPLE CLAFOUTIS


sedap... celok dr majalah ....sedaplah....tak cukup 1 bekas next time kene buat lagiii...
(yat buat setengah adunan sahaja)

APPLE CLAFOUTIS

Bahan-bahan;

Bahan A;

8 biji apple
125-250ml apple cider
60g butter
50g sugar

Bahan B;

120g tepung
50g gula
500ml susu penuh cream
6 biji telur

Cara-cara;

Panaskan oven 180'C. Panaskan butter, masukkan apple yang telah di potong 8, kemudian masukkan apple cider dan gula, masak sehingga apple itu lembut dan masukan ke dalam bekas pembakar, stimkan sebenar dalam 10 minit agar apple tu lembut.
Masukkan semua bahan B, pukul sehingga sebati , masukan dalam bekas pembakar tadi dan bakar sehingga 40-45 minit, sehingga masak. Hias dengan gula castor dan freah cream (cream fraiche)- jika suka.

Wednesday, September 26, 2007

AIR BARLI ASLI


Minuman untuk kesihatan dan sesuai untuk bulan posa.. menyegarkan .. badan..

AIR BARLI ASLI

Bahan-bahan;

Barli
gula

Cara-cara;

Basuh dan rendam barli untuk seketika. Masak Barli bersama air dan gula di dalam periuk sehingga 1 jam atau lebih... sehingga barli tu kelihatan putih serta air akan bertukar warna putih. Angkat. Boleh di minum secara suam-suam panas atau sejuk.

Note: Jika suka masukkan perahkan sedikit jus lemon di dalam air barli. Selamat mencuba!