Showing posts with label DUBAI FOOD. Show all posts
Showing posts with label DUBAI FOOD. Show all posts

Wednesday, April 8, 2009

VADEY / VADAI

blog kawan yatt zaiy-dubai ini rajin buat vadey, last week yatt buat vadey bawa pi umah kawan hus kat pori, ada makan-makan kat sana... single man from afganistan.. masak super beb... resepi dari zaiy



Vadai

Bahan-bahan:

3 cawan kacang dal - cuci, rendam 4-6 jam, & ditoskan
2 cawan bawang besar dipotong dadu
1 sudu serbuk kari
3-4 tangkai daun ketumbar -dihiris halus
2-3 tangkai daun kari - dihiris halus
4-5 tangkai cili kering -rendam, buang biji, potong halus
1 /2 st jintan manis ikut suka -ditumbuk kasar
garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

Kacang dal yg telah direndam dibahagikan kepada 2 bahagian.Satu bahagian dikisar halus, campur sikit je air semasa mengisar, jangan terlebih nanti susah nak membentuk kuih ni.Satu bahagian lagi yang tinggal itu tak perlu dikisar.Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak dlm bekas, gaul rata.Buatkan bentuk bulat dan tekan supaya leper. Jangan buat tebal2 nanti kurang rangup tak sedap pulak. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan atau garing.

Friday, November 23, 2007

APPLE CLAFOUTIS


sedap... celok dr majalah ....sedaplah....tak cukup 1 bekas next time kene buat lagiii...
(yat buat setengah adunan sahaja)

APPLE CLAFOUTIS

Bahan-bahan;

Bahan A;

8 biji apple
125-250ml apple cider
60g butter
50g sugar

Bahan B;

120g tepung
50g gula
500ml susu penuh cream
6 biji telur

Cara-cara;

Panaskan oven 180'C. Panaskan butter, masukkan apple yang telah di potong 8, kemudian masukkan apple cider dan gula, masak sehingga apple itu lembut dan masukan ke dalam bekas pembakar, stimkan sebenar dalam 10 minit agar apple tu lembut.
Masukkan semua bahan B, pukul sehingga sebati , masukan dalam bekas pembakar tadi dan bakar sehingga 40-45 minit, sehingga masak. Hias dengan gula castor dan freah cream (cream fraiche)- jika suka.

Tuesday, October 9, 2007

TERUNG GORENG KERING MASALA


pernah tak. korang makan nasi beraini dari sebelah selatan India.. kat sini berlambak nasi beraini dari selatan India.. ada kelainan skit dari Mamak malaysia punya nasi beraini lol... kalu kita ada kari2 kan ... diorang banyak masak berasaskan masala.. ayam masala, kambing masala.. semua tak berkuah.. kering2 gitu.. so.. ada satu menu memang i suka.. bila makan dengan beraini waktu pi kedai kat sini... menu nya terung goreng kering masala... kalu u all.. buat nasi beraini untuk hari raya.. apa kata u all.. buat ni.. memang sedap u... makan bersama nasi beraini...

TERUNG GORENG MASALA

Bahan-bahan;

Tepung sederhana masak
tepung jagung
rempah kari daging
serbuk jintan manis (kalu takde guna rempah kurma)
garam

Cara-caranya;

Potong terung kecil (mcm potong timum nk buat acar). Lepas tu gaulkan semua bahan di atas sehingga sebati, kemudian goreng dengan minyak yang panas sehingga garing, angkat dan toskan. Siap.

Monday, October 8, 2007

BAKLAWA SIMPLE



dapat idea bila makan kuih arabian sweet....memang marvellouslah... boleh sempat buat lagi ni.. sesiapa ada peminat kacang tu mai-mai buat.... sedap tau.

BAKLAWA SIMPE

Bahan-bahan;

Doh A:

120g tepung gandum, diayak
60g shortening

Doh B:

120g tepung gandum, diayak
30g gula icing
30g shortening
60ml air

Bahan inti;

Kacang walnut (di bakar dulu dan di kisar kasar)
Kacang pistachio (di bakar dulu dan di kisar kasar)
gula halus

honey

Cara-caranya;

Untuk Doh: Doh A dan doh B disediakan berasingan tapi dengan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh degan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B) . Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A dengan doh B untuk satukan doh A dan B. Buat seperti karipap pusing atau kuih tau sa piah.

Inti; Campuran semua kacang yang di kisar bersama gula. Kacang boleh di ganti dengan kacang lain seperti cahsew, gajus dan sebagainya.

Ambil doh tadi, letak inti . Sapukan setiap satu dengan telur, Panaskan oven kepada 180degC. Bakar selama 15 minit , buka oven.. letakkan madu di atas setiap kuih tersebut sehingga rata. Bakar lagi lebih kurang 10 atau sehingga masak.

Tuesday, September 18, 2007

KARI AYAM INDIAN BEANS


Sesiapa yang pernah makan indian beans.. .. rupanya panjang kurus kulit keras.. tapi dalam dia sedap u.. korang belilah 2 , 3 batang try masak tengok.. orang melayu panggil kacang mungai.. tak tau i nak eja tapi lebih kuranglah tu sebutannya.. i masak ni dengan ayam.. best..!!

KARI AYAM INDIAN BEANS

Bahan-bahan;

Bahan A;

ayam
indian beans
(di potong kulitnya skit mcm potong kulit petola ,
pastu potong dalm 3-4 inci panjang)
santan

Bahan B ( bancuhkan sekali);

rempah ayam/daging
bawang besar di blend
Air

Bahan C;

bawang merah di mayang
bawang putih di mayang

Bahan tumis;

buah pelaga
kulit kayu manis
bunga cenkih
daun kari
bay leave

asam keping
garam/ajinamoto

Cara-cara;

Letakkan minyak di dalam periuk , goreng bahan tumis sehingga wangi, masukkan bahan C, goreng sehingga kekuningan dan masukkan bahan B, gaul sehingga sebati. Setelah nak minyak (rempah garing) masukkan ayam dan sedikit air masak beberapa ketika dan masukkan santan bersama indian beans tadi. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Masak sehingga ayam lembut. Siap untuk di santap.

Thursday, March 29, 2007

YOGHURT ONION



Yoghurt onion by nonaharyati
Bahan-bahan ( 4-5 orang );

1 cawan fresh yoghurt
2 sudu fresh milk
1 sudu maryonnis
2 biji bawang besar (merah) dimayang halus
Sedikit daun bawang di mayang halus
Sedikit lada sulah
Sedikit garam

Cara-cara;

Campurkan kesemua bahan di atas, dan rasa sos yek ala-ala lemak lemak dan siap utk di makan dgn roti, nasi beriani or apa saja.. jenis nasi.. sedap trylah org arab at sini suka mkn ni..

Thursday, March 22, 2007

TELUR REBUS GORENG MASALA



Telur rebus goreng masala by nonaharyati
Bahan-bahan ( 2 orang );

2 biji telur yang telah direbus
1 1/2 sudu serbuk kari masala
(boleh juga guna rempah kari ayam kalu takde rempah masala)
3 biji bawang besar merah di mayang halus
1 Kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk cili
Sedikit garam n serbuk perisa

Cara-cara;

Goreng telur rebus dengan sedikit minyak, setelah garing angkat.
Di kuali yang sama letak kulit kayu manis dan daun kari.
Letak serbuk rempah masalah, sedikit air dan sebuk kari,
masak sehingga naik minyak.
Kemudian letak bawang dan 1/2 cawan air serta garam secukup rasa.
Masak sehingga bawang tu layu.
Siap utk disantap.
*Sesuai makan dengan roti canai, nasi dan roti.