Showing posts with label SAYUR. Show all posts
Showing posts with label SAYUR. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

KERABU JANTUNG PISANG





























KERABU JANTUNG PISANG


Jantung pisang yang di rebus dahulu dgn sedikit minyak , garam supaya di tak lebam
daun ketumbar di cincang halus
bunga kantan di rincik halus
bawang besar di mayang halus
serai di mayang halus
sedikit santan * perah santan guna air yang telah di masak
jus limau/lemon
garam gula

bahan untuk di blend;

cili api
cili besar
belacan
keresik

cincang jantung pisang kemudian campurkan dengan bahan di blend, garam dan gula serta bahan-bahan lain yang di mayang dan di potong tadi. Akhir sekali masuukan santan. sekian. selamat mencuba

Monday, July 6, 2009

PAJERI TERUNG SUMMER




terung panjang
rempah kari daging
udang kering
daun kari
bawang merah
bawang putih
halia
bunga cengkih
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
garam
gula merah
santan

Sunday, July 5, 2009

LENGGANG LENGGANG KANGKUNG



lenggang lenggang kangkung ..
kang kung di tepi sawah..
tu ye yang yatt ingat yang rangkap lain-lain tu dah lupa pulak

kangkung
cili besar
cili api
belacan
bawang putih
ikan talang masin

Friday, June 26, 2009

SUP TAUHU TELUR SUMMER



tauhu telur
carrot
kacang buncis
bwang merah
bawang putih
halia
telur
pati ikan bilis
serbuk lada hitam
telur
garam

Saturday, June 20, 2009

CENDAWAN SUMMER


untuk tatapan adik ku jiya. nak sangat tengok penumpuk ku nah ambik.. besar tak cendawan finland?... ada tak kekawan tengok cendawan lagi besar dari ini?..

Friday, June 19, 2009

CENDAWAN BUTANG GORENG



sedap.. musim sekarang boleh dapat cendawan butang besar penumbuk tangan yatt ni gemuk n besar.. puas mkn, goreng dgn ready made tepung goreng kikikiiki...

Thursday, June 18, 2009

POPIA RAUMA





popia simple

inti popia;

udang kering di goreng tanpa minyak
telur dadar di cincang halus
lobak di potong halus
kubis di potong halus
bawang goreng
garam

Thursday, May 7, 2009

SAMBAL TERUNG BAKAR



sedap sungguh makan masakan siti samsena (cek de sam) sampai teringat-ingat kat umah... hari ini yatt berym dengan dia tanya macamana dia masak sambal terung dia... terima kasih ct kerana berkongsi resepi.. sedap sedap

SAMBAL TERUNG BAKAR

sebiji terung di bakar dahulu
tomato di potong dadu

bahan yang di blend

bawang putih
bawang besar
cili besar
cili api
belacan

udang kering di tumbuk halus

tumis bahan blend sehingga garing masukkan udang kering dan sedikit air.. gaul rata masukkan gula dan garam sedikit mengikut rasa. last sekali masukkan terung bakar yang telah di potong dadu bersama tomato, setelah sebati angkat .. siap. daun hiasan tu yatt letak daun ketumbar hehehhe..

Tuesday, April 7, 2009

TEMPE

tajuk jakun .. jakun lagi???,... jakun bila tengok tempe di finland... tahu tak? tempe kat finland ini harga euro 2.50, besar lebih kurang 6 inci x 1 inci.... apa-apa pun harga ye yatt tetap beli memang yatt antu tempe..


Friday, April 3, 2009

SUSHI in finland




sushi senang dan mudah...

Bahan-bahan
sea weed
1 mangkuk besar nasi lembut dan panas
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar gula
secubit garam

untuk inti;

telur dadar (nipis)
timun (di buang pulun tengah)

Cara-cara;

campurkan cuka, gula, garam ke dalam nasi dan gaul rata. Yatt guna baking paper je, letak inti.
start gulung
basah kan skit hujung sea weed dan gulung habis
proses yang sama , letak nasi dulu, sea weed, inti dan gulung akhir roll dengan bijan yang telah di goreng tanpa minyak.

Sunday, March 29, 2009

ASPARAGUS



sayur tika yatt dah jadi pemalas..

Tuesday, March 3, 2009

FRIED CARROT



sapa suka carrot... angkat tangan... sapa suka... ini khas untuk pengemar carrot. resepi ambil dari french food .. goreng ala- ala manja gitu pas makan krup kruk krap kruk .. terpulang nak well done or medium rare..

FRIED CARROT

carrot merah potong ikut suka
udang
bawang besar putih potong bulat
bawang putih di cincang halus
butter

panaskan butter masukkan bawang putih dan bawang besar, goreng sampai kekuningan, masukkan udang dan carrot goreng ala-ala manja gitu than angkat.. yatt mkn ratah gitu jek.. nak tabur daun ketumbar lagi sedap.. takde stok kt umah. heee.. than sapa suka pedas masukkan cili besar potong nipis2..

Monday, March 2, 2009

LEMAK CILI API UDANG + REBUNG



tengok areryouri masak hari tu kat blog dia.. nampak sedap sangat. semalam resepi ini menjadi lauk untuk yatt seorang kat umah . terima kasih areryouri.

LEMAK CILI API UDANG + REBUNG

bahan mesin;

cili kering
cili api
kunyitl
engkuas
bwg merah
bwg putih(seulas jer)

bahan lain;

udang
rebung
santan
serai
garam
daun kari ( stok habiss)

semua bahan diatas tumis biar pecah minyak, masukkan santan, serai. kacau hingga mengelegak, letak letak rebung, udang dan garam. siap

Saturday, February 14, 2009

BABY KOBIS



memang nama dia baby kobis ke? tengok sekali macam bunga roses warna hijau. sapa yang tahu nama sayur ni? tapi sapa teka kali ini dapat pahala jek lah sebab takde hadiah untuk kuiz kali ni kuikuikuikui... kat label sayur ini tulis RUUSUKAALI, ITALIA.

Tuesday, January 27, 2009

BLACK SOON, KOBIS



today presentation food stylo ......hitam hitam pun sedap! tak caya try... try.. betul...

BLACK SOON, KOBIS

Bahan-bahan;

sayur kobis di potong halus-halus
soon di rendam dalam air sehingga lembut
telur
bawang merah dimayang halus
bawng putih di mayang halus
lada putih
kicap
sedikit air jika perlu
garam



Cara-caranya;

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan, kemudian masukkan sayur kobis, goreng sehingga daun kobis layu (lembut), kemudian masuk telur, kacau . masukkan pula kicap , soon, lada putih , sedikit air (suku cawan) serta sedikit garam. goreng sehingga semua sebati angkat.

Friday, January 23, 2009

TERUNG GORENG CILI



TERUNG GORENG CILI

Bahan-bahan;

3 biji terung di belah 2
1/2 cawan ikan bilis kecil di goreng dahalu
1 keping asam keping

Bahan untuk dikisar;

2 biji cili merah
9 biji cili padi
1/2 inci belacan di bakar
1 biji bawang merah besar (saiz sedang)
garam
gula

Cara-cara;

Gaulkan terung dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng terung tersebut sehingga warna keemasan. Angkat terung itu. Kemudian, bolehlah goreng ikan bilis sehingga garing , angkat masukkan ke dalam mangkuk bersama terung yang siap di goreng tadi. Buangkan sedikit minyak didalam kuali yang sama masukkan bahan-bahan yang di kisar halus. Kacau hingga sebati. Masukkan suku air dan asam keping. Masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan terung, ikan bilis, sedikit gula dan garam, tutup api dapur. Siap untuk disantap bersama keluarga.

Sunday, January 4, 2009

LEEK GORENG


ringkas dan sedap!!! tak caya trylah

LEEK GORENG

Bahan-bahan;

batang leek
bawang putih di cincang halus
bawang besar (warna putih) di hiris halus
olive oil
black paper

Cara-caranya;

potong batang leek seperti di dalam gambar, di dalam kuali panaskan olive oil, gorengkan bawang putih dan merah sehingga wangi, kemudian masukkan daun leek bersama black paper, dan angkat, jangan goreng leek terlalu lama dan tak rapuh. anggaran 2-3 minit sahaja.

Tuesday, December 30, 2008

SAYUR KACANG GORENG TELUR


Resepi biasa-biasa jek . Yatt pernah siarkan menu ini khas untuk MResepi.

SAYUR KACANG GORENG TELUR

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

30 batang kacang buncis (dipotong halus)
2 biji telur
Sedikit isi ayam ( kalu nak guna ikan bilis, sotong, etc, pun bole)
2 ulas bawang merah di tumbuk
2 ulas bawang putin di tumbuk
Secubit garam
Lada putih (nak letak cili merah pun boleh)
Minyak untuk menumis

Cara-cara ;

Panaskan minyak goreng bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Kemudian masukan isi ayam goreng hingga masak.
Selepas itu bolehlah letak kacang dan goreng bersama sama 2-3 minit. Pecahkan telur ke dalam kuali dan letaklah garam secukup rasa dan lada putih. Goreng sehingga masak. Siap untuk di santap

Wednesday, December 17, 2008

SAYUR REBUS


Sayur ni khas untuk carl .. yatt dah malass lah nak masak main masuk-masuk jek.. dah tak de idea...

SAYUR REBUS

Bahan-bahan;

isi ayam
kubis di potong sedang-sedang
lobak merah di potong kecil seperti dalam gambar
kiub ikan bilis
telur di pukul sedikit

Cara-caranya;

Masukkan air di dalam periuk bersama ayam dan kiub ikan bilis. Reneh sampai ayam tu lembit masukkan sayur kubis dan lobak. akhir sekali masukkan telur dan tutup api. Siap. Yatt tak masukkan garam sb kiub ikan bilis tu dah ada garam.. kurang kan garam atau no garam untuk food budak-budak lagi bagus.

Tuesday, December 16, 2008

DAGING KAMBING MASAK GULAI NANGKA



NANGKA!!!!NANGKA!! YAHOOO.. NANGKA...

Jangan silap nangka ni bukan daripada kotak postto dari malaysia tu taw...
Jangan tak tau kat finland ni pun ada kedai asian food.. iskkksss kalu tekak melayu ..tu melayu gak kan....Wahhh bagaikan tak percaya dan teramat lah gembiranya....yatt n hus pi tampere last week, perjalanan mengambil masa 2 jam dari rauma menaiki kereta , cari ayam n daging halal dan terus pi kedai asian food kebanyakkan barangan dari thailand biasalah.... tapi baguslah macam-macam ada.. tauhu, taugeh, ikan merah, bihun, tepung beras, tepung jagung, terung pipit, serai, daun pandan, cili api, rebung, nangka...etc...bla-bla....
tahu pasal kedai asian food tu dari kawan hus yang dah lama duk kat dengan bandar tampare tu...

wah.. tiap2 minggu boleh lah berulang alik pi kedai asian food tu ... siap ari tu cakap kap kun kap kat casher kedai tu terus dapat calender 2009 for free hahahaaa... oklah... tak lama lagi dah nak masuk tahun lain kan nampaknyer naik lagi lah umor yatt adoouuhhh,....

DAGING MASAK GULAI NANGKA

Bahan-bahan;

daging kambing
nangka di rebus dahulu sehingga lembut
rempah kari daging
bawang merah di mayang halus
bawang putih di mayang halus
halia di mayang halus
bunga lawang
bunga cengkih
kulit kayu manis
daun kari
santan
garam

Cara-caranya;

Panaskan minyak di dalam periuk masukkan daun kari dan rempah tumis serta bawang merah, putih dan halia, goreng sehingga kuing emasan, masukan rempah kari daging dan sedikit air gaul dan letakkan daging kambing biarkan seketika sehingga daging hempuk. Kemudian masukkan nangka dan akhir sekali masukkan santan , garam, kacau seketika sehingga semua nya sebati. Siap.