Showing posts with label MINUMAN. Show all posts
Showing posts with label MINUMAN. Show all posts

Friday, February 20, 2009

AIR CHOCOLATA SPECIAL



buat minum tengah malam tadi

air cholocolate dalam kotak, letak whipping cream, serbuk koko n last sekali walnut.. sedap tak caya buat..

Wednesday, December 31, 2008

TEH TARIK (DANGDUT)



























































Kelakor tengok nama ni kat MResepi, tapi air ni agak special lah . Nak try sebab teruja tengok teh terbahagi 2 dengan susu. Punya cari gelas transparent kat umah tapi takde . Cuma ada gelas wine jek kt umah ni so rembat gelas tu jek.. harap maklum gelas ni tidak pernah di gunakan untuk minum wine , minuman beralkohol adalah haram di sisi agama islam... ahaks..

TEH TARIK DANGDUT

Bahan-bahan ( 1 gelas )

2 uncang teh
3 sudu besarsusu pekat
2 sudu besar susu cair (option)
air panas (ikut sukatan gelas)

Cara-cara ;

-rebus teh denagn setengah cawan air, pastikan teh tu pekat( jika sukatan air 1 cawan rebus sehingga aair rebus tinggal 1/3 cawan sahaja) . campurkan susu pekat dan cair dengan 1 cawan air panas lepas itu tarik sampai berbuih. kemusian tuang di dalam gelas. akhir sekali masukan perlahan-lahan air rebusan teh di dalam gelas. so jadilah teh dangdut.

Wednesday, September 26, 2007

AIR BARLI ASLI


Minuman untuk kesihatan dan sesuai untuk bulan posa.. menyegarkan .. badan..

AIR BARLI ASLI

Bahan-bahan;

Barli
gula

Cara-cara;

Basuh dan rendam barli untuk seketika. Masak Barli bersama air dan gula di dalam periuk sehingga 1 jam atau lebih... sehingga barli tu kelihatan putih serta air akan bertukar warna putih. Angkat. Boleh di minum secara suam-suam panas atau sejuk.

Note: Jika suka masukkan perahkan sedikit jus lemon di dalam air barli. Selamat mencuba!

Wednesday, September 5, 2007

LONGAN & NENAS


LONGAN DENGAN NENAS

Summer time... sesuai kita minuman air macam ni.. u... minuman yang sangat menyegarkan tekak dan enak bangat u...

Tuesday, May 8, 2007

FLOAT

Float freshing by nonaharyati;


Bahan-bahan ( 1 gelas );

1 tin diet coke (boleh guna root beer/pepsi/coke)
1 cup kecil vanilla aiskrim
Cuib ais

Cara-cara ;

Masukkan air tin ke dalam cawan kemudian sudukan aiskrim ke dalamnya, letaklah berapa u all suka. Siap untuk di minum...
i guna diet coke sb kurang gula.

Sunday, April 15, 2007

BABY CHOCOLATE


Baby chocolate by nonaharyati

Bahan-bahan ( 1 cawan );

1 sudu besar milo
1 sudu besar serbuk koko (drinking chocolate pun boleh guna)
1 sudu besar susu creamer (pakai creamer powder pun ok)
1 cube brown sugar (pakai paket pun boleh)
Fresh cream (Whipping cream pun boleh pakai)

Cara-cara ;

Campurkan milo, serbuk koko dan susu creamer dengan air panas. kacau sehingga larut 3-5 minit. Letakkan fresh cream di atas nya dan hiaskan dengan sedikit serbuk koko. Semasa nak minum letaklah brown sugar tadi.
Kalu pakai whipping cream macam biasa kene pukul sehingga kembang baru boleh letak. Sesiapa nak tambah serbuk koko or milo boleh , kalu nak kurang pun boleh ikut selera masing-masing. I ni pengemar chocolate sb tu i letak banyak seperti bahan-bahan di atas.

Sunday, April 8, 2007

SIRAP BERKARBONAT SPECIAL



Bahan-bahan ( 1 gelas );

2 sudu besar pes sirap rose
1 tin 7up limau
1 hiris limau sunkiss
Sedikit daun pudina
Beberapa ketul ais

Cara-cara;

Masukkan sirap, 7up dan ais ke dalam gelas, kacau sebati dan akhir sekali masukkan sehiris limau sunkiss ke dalamnya. mm memang rasa lain dari yang lain. Jika ada daun pudina letakkan ke dalam gelas tu. Oleh kerana saya terlupa beli so takde dalam gambar tu.

Thursday, March 22, 2007

SOYA BEAN ASLI



Soya bean asli by nonaharyati
Bahan-bahan ( 5-6 gelas );

250gm Soya bean
1 cawan susu tepung
4 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
1 helai daun pandan



Cara-cara ;

Rendam kacang soya bean lebih kurang 4-5 jam.
Toskan soya bean, kemudian rebus sehingga 20-30 minit.
Toskan lagi. Masukan soya bean dan 2 cawan air ke dalam
blender yang ada pengisar sekali penapis utk soya bean.
Blend hingga soga bean habis..
Air hendaklah letak sedikit demi sedikit dalam blender
agar dpt pati yang asli. Selepas itu masukkan pati soya
ke dalam peruk masak dgn daun pandan, gula + susu tepung yang
dicairkan terlebih dahulu dgn sedikit air serta susu pekat.
lebih kurang 10-15 minit angkat...
Boleh di minum secara panas dan sejuk..
rasakan keaslian air pati soya bean.