Friday, April 13, 2007

HATI MASAK REMPAH (JINTAN)


Hati masak rempah(jintan) by nonaharyati

Bahan-bahan ( 4-5 orang );

1/2 hati lembu di potong kecil (hati ayam pun boleh gunakan resepi ini)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan untuk di blender;

1 batang serai di potong kecil-kecil
1 sudu jintan manis dan jintan putih
Sedikit biji ketumbar
sedikit lada hitam
1/2 halia
2 ulas bawang merah
3 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah kari daging (optional kalu suka)
1 asam keping
1 kulit kayu manis
1 biji cili hijau
Sedikit daun kari
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto

Cara-cara;

Potong hati lembu sebesar ibu cari dan rendam dalam air bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan. Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan kemudian masukan kulit kayu manis dan bahan dikisar bersama rempah kurma dan rempah kari daging , masak hingga naik minyak (garing). Kemudian tambah sedikit air dan masukan hati lembu tadi masak sehingga 3minit. Letak asam keping, cili hijau serta garam dan serbuk perasa. Siap untuk di santap.
Peringatan :Hati lembu/ ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama di masak.

0 comments: