Tuesday, April 10, 2007

KAILAN GORENG


Kailan goreng by nonaharyati;
Bahan - bahan;

Seikat sayur kailan
4 sudu besar osyter sos
2 sudu kicap cair
Sedikit ayam di potong kecil-kecil
2 ulas bawang putih (di mayang halus)
1 biji bawang besar (di potong bulat)
1 biji cili padi (optional)
sedikit olive oil
Sedikit Lada sulah
Sedikit garam dan ajinamoto

Cara-cara;

Tuangkan air panas ke dalam mangkuk besar dan letak kan sayur kailan di dalamnya. Tunggu sehingga 5 minit, toskan. Kemudian panaskan kuali, letak sedikit olive oil, masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan, selepas itu letakkan ayam dan cili padi goreng sehingga masak. Masukkan osyter sos, kicap dan sedikit air. Jika perlu masukkan garam. Ambil serbuk lada sulah dan ajinamoto masukkan bersama sos tadi. Akhir sekali, letakkan sayur kailan di dalam pinggan dan tuang kan sos yang siap di masak, ke atasnya. Letakkan bawang besar di atas sayur kailan. Siap untuk di santap.

1 comments:

Jun said...

hee..sedapnyer. jun suka sgt kalu sayur2 masak chinese style ni...