Saturday, June 23, 2007

CHICKEN LEMON

Sedap dan mudah untuk disediakan... nyummmmmm... begitu menyelerakan tak caya cuba.

Chicken lemon by nonaharyati

Bahan-bahan;

500 gm isi ayam di potong kecil kecil
Sedikit tepung jagung
Sedikit garam

untuk sos;

1 ulas bawang putih
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sedikit serbuk paprika (jika suka)
1 biji lemon di perah (ambil airnya)
1 biji lemon di hiris halus
Garam jika perlu

Cara-cara;

Gaulkan ayam dengan daram dan tepung , goreng sehingga masak. Angkat. Di kuali yang sama masukan bawang putih yang dikisar halus, goreng sehingga kekuningan, masukkan sos cili dan tomato , serbuk paprika, air lemon yang di perah tadi dan sedikit air, kacau sehingga sebati, setelah itu masukkan ayam yang di goreng tadi gaul sehingga rata, jika perlu masukkan sedikit garam, akhirsekali masukkan hirisan lemon dan angkat. Jika mahu pedas sikit bolehlah tambah serbuk lada hitam atau cili capsicum yang di potong kecil2.

0 comments: