Saturday, June 2, 2007

CUP CHEESE CAKE



yang ni sesiapa tak buat mesti rugi sebab memang sedap ..tau.. masa buat mula-mula ingatkan tak menjadi rupanya hasilnya sungguh menakjubkan... lihatlah sendiri cupcheese cake ku nii

Bahan-bahan;

210g cream cheese
60g gula aising
1 biji telur
3 sudu besar whipping cream
3 sudu besar strawberry cream (mcm fresh cream cari perisa strawberry)
3 sudu kecil cornstarch/tepung jagung
Strawberry jem

biskut cream crakers
butter-cairkan.

Cara-cara ;

Kisar biskut kemudian campurkan dengan butter cair. Masukkan dalam acuan/loyang/cupcake. Tekan biar padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan kalu boleh selama 30 minit. Pukul telur sikit dengan garfu. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul.
Masukkan pula strawberry cream, tepung jagung dan juga whipping cream. Kacau biar sebati. Tuangkan ke atas biskut tadi. Letak strawberru jem di atasnya. Bakar dengan suhu 180C selama 20-25 minit.

0 comments: