Sunday, June 10, 2007

KUIH BAKAR/KEMBOJA



kuih bakar semalam buat.. sedap first time buat menjadi... hehehhehehhe tapi i pakai acuan pie .. takde acuan kuih bakar sini... ;(
Bahan-bahan ( 7 keping )

2 1/2 cawan santan
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
secubit garam
sedikit pewarna hijau
Daun pandan
Minyak
Cara-cara:
Pukul telur sehingga kembang berbuih selama 15-20 minit. Kemudian blend daun pandan bersama santan sehingga halus dan tapis. Masukkan kedalam mangkuk yang berisi telur tadi serta sedikit garam dan 1 cawan gula. Ambil tepung , sendukan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan agak pekat, jika lebih tepung tambahkan lagi sekit santan, dan sebaliknya jika agak cair adunan tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Panaskan oven masukkan acuan berisi sedikit minyak dan panaskan selama 10minit pada suhu 180. Setelah itu, sendukkan adunan tadi sehingga penuh dan taburkan bijan secukupnya . Bakar sehingga masak.

0 comments: