Untuk hari ni try masak kuih bingka ni.. memang sedap...lah nanti nak buat lagi... nak try letak susu cair palak tapi memang mengancamlah resepi dari cik mat kita ni... thanks...
Bingka Labu Cik Mat by nonaharyati
Bahan-bahan ;
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus
Cara-cara;
Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
0 comments:
Post a Comment