Sunday, September 2, 2007

IKAN MASAK PINDANG


Ini dia juadah semalam 1.9.2007, sebenarnya nak download semalm tapi tak sempat... nak tahu tak sebab apa.. tarikh tu.. tarikh keramat... my dad birthday.. selamat ulang tahun semoga Allah memurahkan rezeki dan memanjangkan umurmu, sayang abah.....
oklah my dad punya birthday.. i kat sini masak bagai nak rak... hahhah oklah jemput jemput makan...

IKAN MASAK PINDANG.

Bahan-bahan ;

ikan kembung

Bahan di blend;

cili besar
cili padi
belacan
bawang putih
bawang merah
halia
kunyit hidup
jintan manis
jintan putih

lengkuas di potong nipis
bunga kantan dibelah dua
serai,
asam keping
Sedikit garam dan gula

Cara-cara;

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan2 di blend hingga naik bau. Masukkan air. Biarkan mendidih. Masukkan serai, lengkuas dan garam serta gula. Biarkan mendidih. Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, masukkan asam keping. Masak sehingga ikan masak.

0 comments: