Sunday, September 2, 2007

IKAN PERCIK


IKAN PERCIK...sedap lupa nak letak kat sini dah lama buat ni.. memang sedap tau.. nak nak dekat bulan ramadan ni... aduh... kalu kt kl alamak beli kt pasar ramadan jek....
percik jangan tak percik cik abg cik kak oii..

IKAN PERCIK

Bahan-bahan;

ikan kembung
santan
tepung beras
asam keping
gula
garam

bahan yang di blend;

cili kering
bawang besar
bawang putih
serai

lengkuas (potongan nipis)
kunyit serbuk

Cara-cara;

Ikan di bersih, kelar badan, perap dengan sedikit garam selama setengah jam , masukkan semua bahan yang di blend ke dalam periuh yang berisi santan , rasa, akhir sekali masukkan tepung beras yang sudah di bancuh dengan sedikit air. Masak hingga pekat.

Ikan dibakar.
Selepas separuh masak. di sapu dengan sos percik tadi..Guna batang serai lagi cun...Ulang proses hingga masak.

0 comments: