yang ni esok baru letak kt MResepi .. rasanya takde lagi tauhu sumbat dalam tu kan... sesuai gak untuk juadah berbuka posa ni... kuah dia selalunya kita makan dengan kuah cili popia kan.. tapi .. alang-alang dah rajin ni.. i buat kuah kacang makan dengan tauhu sumbat ni.. sodap bangat.
** di dalam gambar i mengunakan kuah kacang **
TAUHU SUMBAT
Bahan-Bahan;
tauhu
garam
serbuk kunyit
untuk inti;
timun
sengkuang
taugeh
daun salad
daun salad
cili merah
carrot
sos;
cili merah
tomato
gula
garam
cuka
Cara-caranya:
Tauhu; gaulkan garam dan sedikit serbuk kunyit, goreng sehingga kekuningan.
Inti; Celurkan ke dalam air panas dan toskan. Kemudian masukkan inti ke dalam tauhu sumbat yang telah di belah tengah, lihat seperti di dalam gambar di atas.
Sos; Blend cili merah bersama tomato, gula , cuka dan garam. Siap.
**Jika suka masak dulu masaklah sos ini lebih kurang 10-15 minit**
0 comments:
Post a Comment