Tuesday, November 13, 2007

COLOURFUL CHIFFON CAKE


minta kek warna warni pulak dah....
COLOURFUL CHIFFON CAKE

Bahan-bahan;

1 3/4 cawan tepung
5 biji telur (diasingkan)
1 cawan gula ( i guna 1 cwn sahaja)
3/4 cawan air suam
1 1/2 sudu kecil baking soda
1/2 cawan vegetable oil
2 sudu kecil vanilla extract
1/2 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil garam

pewarna yg u all nak

Cara-caranya;

Satukan tepung, baking soda dan garam, diayak. Kemudian dalam satu mangkuk, blend telur putih, gula castor dan cream of tartar sehingga kembang menjadi putih, ketepikan. Di dalam mangkuk lain pula, satukan telur kuning, esen vanilla, vegetable oil , aiar suam dan blend , masukkan tepung yang di ayak tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Akhir sekali, gunakan spatula, masukkan telur putih yang telah di blend tadi, kacau sehingga sebati bersama pewarna yang u all suka (jgn lupa satu bekas satu warna). Masukkan ke dalam acuan yang telah di sapukan sedikit butter. Kemudian, bakar selama 40-45 minit sehingga masak , suhu 160. Siap.
i buat setengah adunan sahaja

0 comments: