Tuesday, November 27, 2007

HOMEMADE SEAFOOD PIZZA




jom makan pizza ari ni..jom2..sekian lama breadmaker i dah tido di dalam almarinya...hari ni suruh breadmaker bekerja..lama benar ambil mc hehhe....nama sebenar nak letak seafood pizza gebu..sebab..masa dah masak..roti pizza ni punyalah gebu..puaslah mkn roti pizzaa...hahhahah...

HOME -MADE SEAFOOD PIZZA

Bahan-bahan;

utk roti;

1 1/2 cwn tepung roti
1 sudu kecil yeast
120 air suam
1/2 cwn vegetable oil
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
serbuk oregano

Bahan-bahan inti;

2 biji tomato di rebus dan di blend halus
seulas bawang putih di blend
serbuk paprika
serbuk oregano
serbuk bassil
pepper
olive oil
garam
gula
bawang besar (warna putih)di mayang kasar
sotong
udang
parutan cheese

Cara-caranya;

untuk roti pizza; Masukkan semua bahan2 roti ke dalam breadmaker dan tekan on . Setelah siap keluarkan, kemudian canai di acuan pizza, di hujung pizza, letakkan cheese , gulung ke dalam agar pizza tu akan terasa di hujungnya roti berinti cheese, dan setelah siap biarkan naik 2 kali ganda.

untuk inti; Blend tomato, bawang putih , serbuk paprika dan pepper sehingga halus, kemudian masak di dalam periuk dengan 1 sudu besar minyak zaitun (olive oil)dan serbuk oregano, masak sehingga pekat kemudian masukkan garam, gula, sotong dan udang dan terus angkat.

Letakkan inti di atas pizza tadi bersama bawang besar , sedikit serbuk basil dan parutan cheese di atasnya. Bakar sehingga 40-45 minit sehingga pizza masak, angkat.

2 comments:

mamasya said...

pizza ni favorit anak yg sulong tp selalunya order yg home delivery punya..pakai call je. belum rajin nak buat sendiri..kalau dekat boleh order dgn Haryati ni ...

princessharyati said...

isks.. apalak mamasya.. pizza biasa2 je tu... nnti u pun boleh buat apa.. benda semua ada dlm peti..main2 buat jek