Wednesday, December 12, 2007

DONUTS AND CREAM CUSTARD




CUSTARD CREAM FILLING

Juadah untuk minum petang.. setelah penat.. hilang rasa penat bila menikmati donat yang gebu dr CMG.. thanks..

DONUTS

Bahan-Bahannya:-

280ml air
300 g tepung roti (high protein flour)
200 g tepung gandum (plain flour)
10 g garam
60 g gula halus
20 g susu tepung
1/2 camca besar baking powder3
1/2 camca teh instant yeast
2 kuning telur
50 g lemak sayur (shortening)

Bahan Hiasan:-

Gula halus
Coklat cair
Gula hiasan
Lemon curd/Cream custard

Cara membuatnya:-

Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (hingga naik 1 x ganda). KAEDAH LAIN:- Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.

Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bagi doh kepada 2 bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap donat dan alihkan ke dulang yg telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi. Goreng donat dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar4 - 5 biji saja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan atas paper towel. Donat yang siap digoreng boleh disalut dengan gula halus, dituang coklat, dibelah dan masukkan cream custard/lemon curd atau mangikut kreativiti masing2...



ambil dr Myresepi.. senang dan sedap.

CREAM CUSTARD

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml );

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula

200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara ;

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.

** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

4 comments:

Mat Gebu said...

Amboiii...sibuk2 kemas pun masih sempat buat donat..poweer ko ni kak cik..ahakss..ampoon!!

princessharyati said...

CMg .. kak cik mmg power.. sb kak cik minum POWERR root kacip fatimah..hahhaha.. tu yg semnagt sentiasa.. ahhahAAAAaa...

Penulis Jurnal comot said...

Ni first time sy dtg kat blog sini,best2!boleh la sy dgn kwn masak kat hostel nanti..nyam2!! =)

Sepertiga Malam said...

sedapnye donut... tp xminat sgt mkn donut, hikhik...