Tuesday, February 5, 2008

RENDANG KERANG (N.9)


Resepi nanti dulu... sb ari tu salin masa myresepi boleh online ... tadi masa nak check balik myresepi tak leh buka... nanti bila dah boleh link yat add secret resepinya yek.. sedop..bangat... terjumpa kerang ni masa kt LULU supermarket sebelah dgn emirates mall..walaupun mahal.. tapi nak mkn punya pasal beli gak..puas hati dapat makan...

ok... pagi ni dah boleh buka... skrg inilah resepinya ..

RENDANG KERANG STAIL N.9

Bahan-bahan ( sekeluarga )

1-1 1/2kg kerang direbus
1 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*

1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
garam dan bhn perasa secukup nya
daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai

Cara-caranya;

sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas masukkan semua bahan2bahan yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan rempah kari, daun kunyit. daun limau purut dan asam keping masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit masukkan kerang dan gaul sebentar tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula akhir sekali masukkan pula garam dan bhn perasa secukup rasa klu sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan

0 comments: