ini dia resepi untuk roti boy'08 .. mudah untuk di sediakan.. lumayan bila di makan... pintarr..
ROTI BOY @ MEXICAN BUN'08
Bahan-bahan;
ROTI BOY @ MEXICAN BUN'08
Bahan-bahan;
Bahan A;
800 g tepung roti
200 g tepung serba guna
20 g instant yeast
180 g gula halus
60 g serbuk susu
120 g telur
500 g air
180 g butter
sedikit garam
bahan toping;
300 g butter
300 g gula castor
240 g telur
30 g instant coffee
30 g coffee flavour
300 g tepung
untuk inti;
gula
butter
Cara-caranya;
Masukkan kesemua bahan A ke dalam breadmaker, tekan butang ON.. dan uli sehingga 30 minit, keluarkan rehatkan selama 5 minit, kemudian bentukkan menjadi bulat serta masukkan inti butter bersama 1 sudu kecil gula..bulatkan doh, lapikkan doh ke atas sekeping kertas, kemudian susun ke dalam dulang membakar, biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda. Untuk topping, pukul telur bersama butter sehingga sebati, kemudian masukan semua bahan di atas, kacau sehingga pekat. Masukkan topping ke dalam piping bag , kemudian toping ke atas roti tadi, dan siap untuk di bakar.
2 comments:
Sib baik dah pernah buat Roti Boy ni..kuranglah sikit tensennya! Ahakss...
mamafami... yat teringin nk mkn ikutkan hati nk beli yek tp kt dubai ni tak jual lah...boleh buka kedai roti boy..heee
Post a Comment