Saturday, March 29, 2008

AYAM PERCIK BAKAR


ni antara lauk menu semalam untuk juadah hidang kawan-kawan UAE-MALAYSIA. Terima kasih kerana sudi datang ke teratak buruk yat yang tak seberapa tu..hahah...


AYAM PERCIK BAKAR

Bahan-bahannya;

ayam di potong mengikut suka

bahan blend ;

blend (1)
jintan manis
jintan putih
biji ketumbar

blend (2)
bawang merah
bawang putih
halia

Bahan-bahan lain;

santan
cili boh (cili kering yang telah di belnd)
kunyit serbuk
tepung beras
garam
gula
serai (dititik)
asam keping

Cara-caranya;

Masukkan santan, cili boh, kunyit, serai, blend 1 dan kedua ke dalam periuk , masak seketika. Setelah mendidih masukkan garam gula, asam keping dan ayam. Masak sehingga ayam separuh masak kemudian angkay dan letak ke dalam dulang pembakar. Bakar ayam sehingga masak, renjis dengan sedikit minyak dengan mengunakan daun kunyit apabila ayam sedang di bakar. Siap untuk di hidang.

0 comments: