Wednesday, March 26, 2008

EGG PLANT STEAK





resepi asal dr rachel ray.. sedap untuk mereka yang sukakan sayuran dan makanan ala western.

Bahan-bahan;

terung besar panjang (dipotong ala2 steak)
tepung gandum
telur di pukul sedikit
plain bread crumbs
parmesan cheese (i guna kraft brand)
gouda grated (parutan cheese)
garam
lada hitam
daun ketumbar

Cara-caranya;

Letakkan tepung di satu piring(1). Telur yang dipukul dengan sedikit garam dan lada hitam di dalam piring lain(2). Plain bread crumbs campur dengan sedikit parmesan cheese dalam satu piring(3). So semua ada 3 piring. Panaskan minyak di dalam pan. Ambil terung yang telah di belah seperti gambar di atas, masukkan dalam piring 1, seterusnya ke- 2 dan akhirnya ke- 3 dan terus masak di dalam pan. Masak sehingga kekuningan dan angkat letak dalam dulang pembakar. Panaskan oven guna grill (panaskan bahagian atas oven sahaja). Taburan parutan cheese di atas terung tadi dan sedikit daun ketumbar, kemudian masukkan terung ke dalam oven (sekejap jek) , sehingga cheese di atas tepung tu cair , angkat, boleh di makan begitu sahaja atau dengan roti france atau spagetty.

1 comments:

SA said...

hehe.. terung kee.. sekali tengok tadi nampak cam ikan