Wednesday, March 5, 2008

TALAM UBI KAYU





Wajah talam yat tak berapa lawa.. agaknye tak pakai SKII kot..heheh.. tapi sedap.. sebelum ni tak berapa suka makan talam ni tetapi sejak dua menjak ni mengidam lak.. alhamdullilah dapat rasa syukur..kenyang..
TALAM UBI KAYU

Bahan-bahan;

Lapisan Bawah;

1 kilo ubi kayu -mesinkan dgn 1 cawan air. Tapiskan ubi tu.
2 cawan air
1 cawan gula merah -masak dan tapiskan
1 cawan gula pasir
daun pandan

Lapisan Atas

1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat -1 biji kelapa
1 s/k garam

Cara Memasak

Panaskan kukusan. Ubi kayu dibersihkan dan potong kecil. Masukkan dalam blender dan mesinkan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Buangkan air yg ditapiskan. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula. Sapukan sedikit minya didasar loyang supaya senang untuk memotong kueh ini. Masukkan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran 30 minit. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan. Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar. Kacau rata [jangan tinggalkan] dan tutup api. Bila lapisan bawah[adunan ubi] taelah masak, perlahankan api dan cakarkan permukaan adunan ubi tu. Tuangkan adunan lapisan atas dan kukuskan sekali lagi selama 20 minit. Tutup api dan sejukkan betul2 sebelum di potong dan hidangkan

1 comments:

Fenrisar said...
This comment has been removed by a blog administrator.