Monday, April 28, 2008

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS






Resepi asli daripada orang Perak.. Tengok fotopages kawan yat yang duk dubai gak..amboi tak tahan tengok fotopages dia terus minta respi.. waaahhh sedaplah sambai ni.. 5 star bagi.. kekawan semua kene coba..kalu tak coba rugi oOooo yat tambah nasi 4 kali ooooOo semalam sampai tak leh bangun dari kerusi tu kene duk bertapa..sampai semua turun dalam perut..wahhhh best2 sesapa nak tengok fotopages kawan yat , link dia kat akhir tu..... gambar dia mengancam habis buat orang mengidam.. aduhh macam nilah kalu dah jadi mak labu...nor

SAMBAI TEMPOYAK IKAN BILIS

Bahan-bahannya;

1 cawan ikan bilis
4 sudu besar tempoyak
1 ulas bawang merah kecil di blend kasar
3 biji cili merah di blend kasar
3 biji cili api merah di blend kasar (yat buh nak bg power skit rasanyer)
1 serai di titik
1 helai daun kunyit di koyak koyak
garam
gula

Cara-caranya;

Masukkan sedikit minyak sahaja tumis cili besar, cili api, bawang merah serai sehingga masak, masukkan ikan bilis, daun kunyit, masak seketika, masukkan tempoyak garam dan gula, angkat. siap, boleh prepare banyak2 boleh di simpan lama2 di dalam peti ais,

2 comments:

J.Kyo said...

tempoyak?? look nice. datang ke sabah dan cuba makanan kat sini..

Ida said...

memang sedap. tukar bilis dengan udang pun syok! bertambah-tambah nasi..