Wednesday, May 7, 2008

KEK LAPIS SUTERA






Pertama kali setelah berkali kali yatt mencuba, akhirnya kek lapis yatt menjadi gak..kali ni lawa skit dr dulu , tak pecah dan cun melecun..heee.. berkat kesabaran yatt buat kek untuk ari ni.. tak tau lah esok lusa jadi atau tak.... hehehe tapi makan tadi rasa best sangat sebab tengok kek lapis lawa..heeee.. resepi yatt ambil dari blog k.ummi thanks.. warna tak ikut k.ummi sebab dah habis stock colour kat umah ni... (buat setengah adunan jek)

KEK LAPIS SUTERA

Bahan:-

450 gm mentega
250 gm gula halus
10 biji telor
170 gm seri kaya ( tak buh sebab takde)
397 susu pekat manis
100 gm Horlicks (tak buh sebab takde)
1 sudu kecil esen vanila
200 gm tepung gandum (*Yatt pun guna tepung hong kong)

Cara Membuat:-

Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telor sebiji sebiji sambil terus memukul hingga sebati. Masukkan seri kaya, susu pekat manis, horlicks dan esen vanila. Pukul lagi hingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata-rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 2 bahagian dibiar plain (untuk lapisan bawah dan atas) dan 1 adunan lagi dibahagi pula kepada 3 dan letak 3 warna setiap 1 berasingan iaitu merah, cokelat dan oren.
Panaskan ketuhar dengan suhu kira-kira 200-220 C, gunakan api "grill" (atas) sahaja. Sementara itu sediakan loyang ukuran 10"x7" (*ummi guna loyang 8x8x3 in). Alaskan dengan kertas dan griskan pada dasar dan sekeliling loyang. Setelah itu, ceduk 7 sudu besar adunan plain dan bakar selama 5 minit. Buat 4 lapisan. Kemudian sudukan pula warna merah dan buat 3 lapisan. Diikuti 3 lapisan warna cokelat dan 3 lapisan warna oren. Akhir sekali bakar 4 lapisan warna plain dan untuk bahagian terakhir hendaklah dipasang api atas dan bawah dan bakar selama lebihkurang 20 - 25 minit.

Selamat mencuba...(*nota - jika lapisan berwarna tidak mencukupi untuk dibuat 3 lapisan, boleh ambil bancuhan plain dan adjust - yatt pnya hanya boleh 2 lapisan saja bagi bancuhan berwarna..hehe..ok jugak! nak terang lagi warna, boleh adjust warna lain).

0 comments: