Wahh membuka selera hari ini... dapat makan nasi dagang walaupun malas nak buat solok lada tapi habis nasi dagang untuk juadah hari ini... mak labu yang makan banyak sampai senggak perut, malam tak leh tido..satu badan rasa panas... tapi puas ler makan..ehhehhe.. nasi dagang dengan kari ayam n sambal.. jadilah..
NASI DAGANG
Bahan-bahan;
beras pulut
beras biasa
pati santan
halba
bawang merah
halia
garam
Cara-caranya;
Rendam beras pulut dan beras biasa selama setengah jam- 45 minit, kemudian toskan, selepas itu kukus selama 15 minit (separa masak), angkat kemudian gaul bersama pati santan, halba , bawang merah dan halia sehingga sebati, kemudian kukus semula selama 20-25 minit sehingga beras menjadi lembut dan masak. Siap.
0 comments:
Post a Comment