Monday, June 2, 2008

NASI LEMAK KUKUS (BUNGKUS)






kalu kekawan yatt kat UK , Ireland boleh buat nasi lemak bungkus daun pisang, tak termasuklah kekawan yang duk malaysia (diorg ni special kes..hehehehe) yatt yang duk dubai pun nak buat gak heee.. punyalah cari daun pisang... sebab nak bungkus nasi lemak kukus tu..dapat jek daun pisang .. buat nasi lemak kukus.. best.. lah macam beli kat kedai rasanyer... 2 bungkus tambah hehhehe..

NASI LEMAK KUKUS DAUN PISANG

Bahan-bahan;

beras
pati santan
garam
halia di hiris halus
daun pandan simpul

Cara-caranya;

Kukus beras separuh masak dalam 15 minit angkat, gaulkan halia bersama pati santan yang di campur sedikit garam , masuk semula ke dalam periuk kukus bersama daun pandan, kukus sehingga nasi masak. (yatt buat 2 kali (tanak 2 kali).

Lauk;

sambal sotong kering, telur dadar, kacang goreng, timun dan ikan bilis goreng.

1 comments:

Zakiah said...

Salam...

dulu saya tak tau daun pisang ada kat Lulu...pi beli cat CM supermarket punyerla mahallll..