Wednesday, June 18, 2008

TEPUNG BUNGKUS - JUN 08



kene buat lagi sb tak lawa bungkus dan snap picture pun tak cun... tapi apa2 hal..kuih ni sekejap je habis di makan sebabyer sedap sangat... jangan lupa kuih tradisi kita..layannn..resepi ni yatt buat rujukan di mesra.net

TEPUNG BUNGKUS

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung beras
2 cawan santan
secubit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti:

½ biji kelapa parut
1-2 keping gula melaka
4 sudu besar tepung pulut

Cara:

Kelapa dimasak bersama gula melaka hingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit. Sedap makan panas2 gitu..nyam2..

0 comments: