Thursday, December 11, 2008

KOBIS GULUNG


Ini adalah resepi yang di ambil di Myresepi di sediakan oleh Hani-Ringgo. Memang sedap. Hus i kata tak pedas .... lain kali yatt nak try buat sambal pedas ala-ala masakan melayu boleh ke?...
Terima kasih kerana resepi yang sedap nii..

KOBIS GULUNG

Bahan-bahan ( 6 ketul )

1 biji kobis
1 tin tomato (400gm) + 1/2 tin air
1/2 kiub ayam knorr
basil flake (optional)
1 ulas bawang putih
2 sb olive oil
3sb tomato puree
gula, garam, lada sulah secukup rasa.

--untuk inti daging--

@100gm daging kisar
@1 labu bawang besar(slice or dice ikut suka)
@1 biji telur
@1/2 sk garam
@sedikit lada sulah

Cara-cara ;

Didihkan air dalam periuk yang besar yang muat kobis.
Potong keliling tangkai kobis dengan pisau. Cucuk dengan garpu besar pada pangkal kobis dan celur dalam air yang mendidih sekejap.

Angkat dari air, rendam dalam air sejuk dan tarik satu lapis daun kobis. Ulang beberapa kali proses yang sama supaya dapat 6 keping daun kobis.
Kalau urat ditengah daun besar dan keras, hiris buang supaya jadi nipis. Nanti senang nak balut inti. Lap dengan paper towel dan letak tepi.

Dalam mangkuk, campur daging, garam, lada sulah dan telur. gaul rata. masukkan bawang besar dan gaul lagi. Bahagikan inti kepada 6 bahagian, letak atas daun kobis dan balut macam balut popia.

Cucuk dengan toothpick atau lidi supaya tidak terbuka nanti macam dalam gambar.
Ketuk bawang putih dengan pisau dan cincang halus. Masukkan dalam kuali bersama olive oil dan panaskan. Bila dah naik bau, masukkan tomato, tomato puree, air dan kiub ayam. masukkan roll kobis dan renihkan selama 15 minit.
Masukkan gula, garam dan lada sulah ikut selera. jika suka tabur basil flake(klu ada fresh lagi sedap), kacau dan tutup api.
Inti boleh tambah benda lain jika suka. (hampas kacang soya) & hijiki(seaweed hitam).

#!!# Jangan lupa cabut lidi semasa menghidang. :)

0 comments: