Tuesday, December 30, 2008

SAYUR KACANG GORENG TELUR


Resepi biasa-biasa jek . Yatt pernah siarkan menu ini khas untuk MResepi.

SAYUR KACANG GORENG TELUR

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

30 batang kacang buncis (dipotong halus)
2 biji telur
Sedikit isi ayam ( kalu nak guna ikan bilis, sotong, etc, pun bole)
2 ulas bawang merah di tumbuk
2 ulas bawang putin di tumbuk
Secubit garam
Lada putih (nak letak cili merah pun boleh)
Minyak untuk menumis

Cara-cara ;

Panaskan minyak goreng bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Kemudian masukan isi ayam goreng hingga masak.
Selepas itu bolehlah letak kacang dan goreng bersama sama 2-3 minit. Pecahkan telur ke dalam kuali dan letaklah garam secukup rasa dan lada putih. Goreng sehingga masak. Siap untuk di santap

0 comments: